21 rumah, sebuah stor musnah dalam kebakaran di Kg Batu Putih, Sandakan

SANDAKAN – Sebanyak 21 buah rumah dan sebuah stor musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran di penempatan atas air Kampung (Kg) Batu Putih, Jambatan 3 di sini, pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Langung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.40 pagi.

Menurutnya, seramai 25 anggota bomba bersama sembilan buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 16 kilometer dari balai.

“Kebakaran melibatkan 21 buah rumah dan sebuah stor penyimpanan barangan kampung jenis kekal yang terbakar 100 peratus.

“Anggaran keluasan kawasan terjejas adalah tiga ekar,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jelasnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 1,600 kaki, tiga saliran serta enam pecutan air yang dibekalkan daripada tangki jentera bomba.

Dalam kejadian itu, dua orang mangsa dilaporkan mengalami kecederaan akibat melecur di bahagian tangan.

“Kedua-dua mangsa telah diberi rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 11.47 pagi dan ditamatkan pada pukul 2.14 petang selepas pasukan bomba memastikan keadaan selamat dan tiada lagi risiko bahaya di lokasi kejadian.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda