Kerjasama harmoni Persekutuan-Sarawak bukti keutuhan GPS – Abang Johari

MIRI – Kerjasama erat antara Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai kuasa politik yang bukan sahaja disegani, malah dihormati pada peringkat kebangsaan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelantikan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri pertama dari Sarawak merupakan pengiktirafan penting terhadap negeri ini, ditambah dengan kehadiran beberapa menteri Persekutuan yang turut berasal dari Sarawak.

“Ini satu penghormatan besar yang menunjukkan Sarawak di bawah naungan GPS bukan sekadar pelengkap, tetapi rakan kongsi strategik dalam pembangunan negara,” katanya ketika berucap sempena Sambutan Hari Sarawak ke-62 pada Selasa.

Menurut Abang Johari, kerjasama yang sedia terjalin antara GPS dengan kerajaan Persekutuan akan terus dipertahankan dan diperkukuh demi kepentingan bersama tanpa menjejaskan hak rakyat Sarawak.

“Peningkatan hasil negeri termasuk kutipan Cukai Jualan Negeri (SST) tidak akan menjejaskan pendapatan Persekutuan. Malah, kerajaan pusat masih mempunyai ruang untuk menjana pendapatan tanpa membebankan rakyat,” tegasnya.

Mengulas isu tuntutan hak, beliau menolak dakwaan kononnya Sarawak bersikap keterlaluan dalam menuntut semula haknya, sebaliknya menegaskan segala tuntutan dibuat mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita sudah berjaya mendapatkan semula sembilan hak seperti termaktub dalam MA63 dan usaha akan diteruskan secara harmoni bersama kerajaan Persekutuan bagi menuntut semula hak-hak yang masih belum dikembalikan,” katanya.

Abang Johari turut menegaskan Sarawak kini menyumbang hampir 10 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sekali gus menjadikannya antara penyumbang ekonomi terbesar di negara ini.

“Malah, Bank Dunia telah mengiktiraf Sarawak sebagai wilayah berpendapatan tinggi sejak tahun 2022, dan status ini dikekalkan selama tiga tahun berturut-turut. Bagi tahun 2024, Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita Sarawak ialah RM73,100 – melepasi ambang RM63,800 dan mengatasi negeri lain termasuk Selangor,” ujarnya.

Dalam ucapannya, Abang Johari turut mengingatkan rakyat agar terus mempertahankan nilai murni dan warisan budaya sebagai tonggak perpaduan dan kekuatan negeri.

“Inilah kekuatan Sarawak yang membezakan kita dan membolehkan kita menyumbang secara aktif dalam Kerajaan MADANI serta membentuk acuan pembangunan kita sendiri,” katanya.

Abang Johari turut menyuarakan keyakinan Sarawak berada di landasan yang tepat untuk menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030, lapan tahun lebih awal daripada sasaran asal.

Turut hadir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta barisan menteri Kabinet Sarawak.

FOTO: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengundang pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

KUALA LUMPUR – Pelbagai kenyataan dikeluarkan yang bertentangan daripada kepimpinan utama DAP datangnya daripada ‘Team B’ sehingga menimbulkan konflik yang mengguris rakan komponen Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim