Polis Marin gempur markas rokok seludup, rampasan cecah lebih RM500,000

LAHAD DATU – Pasukan Polis Marin (PPM)  Wilayah 4 Sabah berjaya menggempur sebuah rumah disyaki tempat penyimpanan rokok seludup di kawasan Silam, di sini, dengan rampasan keseluruhan bernilai RM507,590.00.

Komandernya, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, rumah berkenaan diserbu Pasukan Polis Marin dari Unit Gempur Marin (UNGERIN) kira-kira pukul 5.30 pagi, pada Selasa.

“Pasukan serbuan berjaya merampas 215,600 batang rokok pelbagai jenama serta dua kenderaan yang digunakan suspek untuk menyimpan rokok seludup.

“Turut ditahan seorang lelaki warga tempatan berumur 25 tahun bagi membantu siasatan di bawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Tegas Nazri, selari pendekatan ‘tiada hari tanpa operasi’, pihaknya komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan maklumat dan kerjasama daripada seluruh komuniti untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM