Kerjasama dengan Petronas kukuh hak Sabah dalam industri minyak, gas

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah kini mengalas peranan lebih besar dan mempunyai hak bersuara dalam industri minyak dan gas selepas termeterainya Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan Petronas baru-baru ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji berkata, kini Sabah mempunyai pegangan ekuiti 50 peratus dalam medan minyak dan gas Samarang dan 25 peratus dalam Samur.

“Terkini, pada 17 Julai lalu, kita telah menandatangani perjanjian untuk memperoleh 25 peratus ekuiti dalam projek gas asli cecair terapung berhampiran pesisir pantai (ZLNG), juga dikenali sebagai PFLNG 3 bernilai AS$3.1 bilion di Sipitang,” katanya pada majlis Anugerah ASEAN International Business Review (IBR) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Sabtu.

Ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Jelasnya, usaha gigih Kerajaan Sabah turut membuahkan hasil apabila mencatat RM17.41 bilion daripada 73 syarikat melalui kelulusan keseluruhan pelaburan asing dan domestik dalam sektor perkilangan sejak September 2020.

“Daripada jumlah itu, 52 syarikat telah memulakan operasi di Sabah dengan jumlah pelaburan sebanyak RM7.8 bilion dan mewujudkan 3,636 peluang pekerjaan.

“Antara tahun 2022 hingga 2024, Sabah telah menerima cadangan pelaburan baharu berjumlah RM42.3 bilion, yang dijangka mewujudkan 32,996 peluang pekerjaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, Kerajaan Negeri membina sebuah Sabah baharu yang kuat dan bersatu padu serta mengalu-alukan dunia untuk memanfaatkan kekayaan dan khazanah semula jadi negeri ini demi kehidupan rakyat yang lebih baik.

“Kita ada pelbagai kekayaan daripada galian seperti emas, tembaga, silika, kelapa sawit, koko dan pelbagai sumber tenaga seperti petroleum mentah, gas, hidroelektrik, arang batu dan banyak lagi.

“Lautan kita pula memberikan hasil laut yang menjadi buruan ramai serta tenaga haba, sambil mengekalkan terumbu karang yang masih asli dan tidak tercemar,” katanya.

Berhubung tenaga laut, Hajiji berkata antara satu yang paling menarik adalah Penukaran Tenaga Terma Laut (OTEC) yang menjana tenaga daripada lautan.

“Loji kuasa OTEC kita kini dalam perancangan untuk merangkumi sepanjang 500km pesisir pantai dan dijangka mampu menjana 20,000MW tenaga hijau, skala yang belum pernah dicapai di peringkat global.

“Ini bukan sahaja mencetuskan perubahan besar untuk negara, malah untuk rantau ini,” katanya.

Tambahnya, Kerajaan Negeri juga telah melancarkan Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040, yang dijangka menjana 700MW dalam tempoh 1-2 tahun bagi memenuhi keperluan pelabur dan rakyat.

Selain itu, masalah kekurangan air turut ditangani iaitu sebanyak RM679.85 juta telah diperuntukkan pada tahun 2024 serta pelan jangka panjang termasuklah menyiapkan projek hidroelektrik Ulu Padas yang mampu membekalkan 6,000 juta liter air setiap hari.

Related Posts

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan pendekatan subsidi bersasar sebagai mekanisme penampan dengan mengekalkan harga RON95 dan diesel tertentu, di samping membenarkan bahan api tidak bersubsidi diselaras mengikut harga pasaran bagi mengurangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah