Ilmu elak scam, kongsi untuk keluarga

KOTA KINABALU – “Saya akan kongsikan maklumat penting ini kepada keluarga dan saudara-mara agar mereka tidak menjadi mangsa penipuan.”

Demikian perkongsian Ellyster Saringan, 50, selepas menghadiri Program Hasrat MADANI di Pejabat NADI Dermaga, pada Ahad.

Ellyster berkata, program tersebut sangat bermanfaat dan sarat dengan pelbagai maklumat penting yang berguna.

Dia merupakan antara 40 peserta dari sekitar Kampung Kopungit, Taman Keramat dan Kepayan Ridge yang menyertai program itu anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang kini memasuki edisi ketiga.

Program yang bermula seawal pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang itu memberi fokus kepada pendidikan kewangan dan keselamatan digital dua aspek penting dalam menghadapi cabaran dunia moden.

Antara pengisian utama termasuk eramah Pengurusan Kewangan dan Ancaman Scam oleh wakil Bank Negara Malaysia serta Keselamatan Dalam Talian oleh pegawai dari NADI Dermaga.

Beberapa kuiz turut dijalankan bagi memantapkan kefahaman peserta terhadap maklumat yang dikongsi sepanjang program.

Seorang lagi peserta, Muhammad Faizelee Sabli, 35, berkata, program seumpama ini wajar diperluaskan ke seluruh negeri agar lebih ramai mendapat manfaat.

“Pengalaman hari ini sangat hebat. Selain ilmu baharu, saya berpeluang bertemu peserta dari pelbagai latar belakang dan bertukar pandangan.

“Kami juga dapat mengeratkan silaturahim,” kongsinya.

Program Hasrat MADANI merupakan inisiatif JKOM dalam menyampaikan maklumat berkaitan dasar dan isu semasa kerajaan kepada komuniti secara terus dan berimpak.

Related Posts

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN – Sebanyak 99 peratus daripada lebih 16,000 responden menyatakan sokongan terhadap cadangan sambungan jajaran Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, sekali gus mencerminkan penerimaan tinggi rakyat terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

BUKIT MERTAJAM – Kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini mencatat peningkatan memberangsangkan apabila hampir mencecah RM10 juta setakat 9 April lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan