Kerjasama baik Sabah-Persekutuan pacu semakan kadar pemberian khas RM600 juta

PAPAR – Hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan menjadi pemangkin kepada peningkatan kadar pemberian khas Sabah sehingga mencecah RM600 juta bermula tahun 2025, kata Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, semangat kerjasama berterusan ini membolehkan tuntutan Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus diperkukuh melalui rundingan yang realistik serta berpaksikan hak negeri.

Menurutnya, antara komponen utama MA63 ialah hak Sabah untuk menerima semula 40 peratus hasil yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Kadar pemberian khas yang kali terakhir disemak pada tahun 1973 dengan jumlah RM26.7 juta tidak pernah dikaji semula selama lebih 45 tahun di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Kuasa pemerintahan kemudian diperoleh oleh parti Warisan hasil kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), namun selalu menuduh BN gagal menunaikan hak MA63, tetapi akhirnya tunduk kepada tawaran yang amat kecil dan jauh daripada 40 peratus.

“Mereka akhirnya bersetuju menerima semakan kadar daripada RM26.7 juta kepada hanya RM53.4 juta sebagaimana diumumkan dalam Belanjawan Persekutuan 2020 yang dibentangkan pada 11 Oktober 2019,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera Dewan Terbuka PGRS DUN Limbahau, di sini pada Ahad.

Armizan menjelaskan, keputusan itu merupakan keputusan rasmi Jemaah Menteri Sabah melalui mesyuarat pada 16 Oktober 2019 sebagaimana terkandung dalam surat rasmi Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah kepada Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 18 Oktober 2019.

“Syukur, selepas pertukaran Kerajaan Negeri pada September 2020, Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor menulis surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia pada 7 Disember 2020 bagi menarik balik persetujuan Kerajaan Negeri yang menerima kadar RM53.4 juta itu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Papar.

Beliau berkata, hasil rundingan semula di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kadar pemberian khas berjaya dinaikkan kepada RM125.6 juta bagi tahun 2022.

Selepas pembentukan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kadar itu terus meningkat kepada RM300 juta bagi 2023, RM306 juta bagi 2024 dan RM600 juta bermula tahun 2025.

Tambah Armizan, peningkatan jumlah ini merupakan pengaturan sementara (interim arrangement) dan tidak menjejaskan hak Sabah untuk terus menuntut pelaksanaan formula 40 peratus.

“Peningkatan jumlah ini adalah hasil semangat kerjasama berterusan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan tanpa menjejaskan hak Sabah untuk menuntut pelaksanaan formula asal,” katanya.

Pada masa sama, Armizan mempersoalkan asas kepada persetujuan Kabinet Sabah pada tahun 2019 yang menerima kadar pemberian khas sebanyak RM53.4 juta, sedangkan jumlah itu jauh lebih rendah daripada tuntutan asal 40 peratus hasil negeri seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kenapa tidak menuntut kadar yang lebih munasabah sedangkan ketika itu Presiden Warisan mempunyai pengaruh besar terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta mempunyai tiga menteri penuh dan dua timbalan menteri dalam Kerajaan Persekutuan ketika itu?

“Jika benar mahu ‘Selamatkan Sabah’, kenapa Warisan yang ‘chicken out’ dalam isu paling penting kepada rakyat Sabah?,” soalnya lagi.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM