Kerajaan MADANI tidak wajar disamakan dengan krisis di Indonesia – Pemerhati politik

SITUASI yang berlaku di Indonesia, khususnya membabitkan protes rakyat terhadap kenaikan elaun anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), tidak wajar disamakan secara langsung dengan keadaan di Malaysia, khususnya di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemerhati politik, Mohd Yusri Ibrahim berkata, tindakan segelintir pihak yang membuat perbandingan tersebut di media sosial adalah tidak berasas dan tidak mengambil kira realiti pentadbiran semasa di Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa sejurus mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10, Anwar secara terbuka mengumumkan bahawa beliau tidak akan mengambil sebarang gaji sebagai Perdana Menteri.

Selain itu, gaji para menteri Kabinet turut dipotong sebanyak 20 peratus sebagai langkah penjimatan dan solidariti bersama rakyat yang sedang berdepan tekanan kos sara hidup.

“Sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, tiada sebarang kenaikan gaji diberikan kepada Ahli Parlimen. Malah, skim saraan Ahli Parlimen yang ada pada masa ini merupakan struktur yang ditetapkan sejak sebelum era Kerajaan MADANI,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook beliau.

Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata, Perdana Menteri dilihat sangat komited dalam memperjuangkan nasib golongan marhaen dan berusaha keras mengurangkan jurang ekonomi dalam kalangan rakyat.

“Perdana Menteri berusaha keras untuk kurangkan jurang ekonomi dalam kalangan rakyat. Mungkin belum berjaya sepenuhnya, tapi beliau dilihat sangat gigih dan fokus terhadap agenda tersebut. Ini kebenaran yang perlu kita akui sama ada suka atau tidak,” katanya.

Namun tambahnya, adalah wajar untuk menjadikan apa yang berlaku di Indonesia sebagai peringatan kepada semua, termasuk kerajaan dan wakil rakyat, agar sentiasa peka terhadap keresahan rakyat.

Namun begitu, menurut beliau, jika ingin membuat sebarang perbandingan dengan kejadian rusuhan di Indonesia, fokus sewajarnya adalah terhadap aspek tanggungjawab wakil rakyat itu sendiri.

“Di Indonesia, salah satu faktor utama yang mencetuskan kemarahan rakyat, khususnya anak muda, ialah kenaikan elaun anggota DPR yang dilihat tidak seimbang dengan beban kehidupan rakyat biasa, atau ‘wong cilik’.

“Jurang pendapatan yang besar antara pemimpin dan rakyat menyebabkan rakyat hilang kepercayaan. Maka berlakulah tindakan agresif seperti serangan ke atas bangunan DPR dan rumah wakil rakyat,” jelasnya.

Katanya lagi, di Malaysia, anggota DPR boleh disamakan dengan Ahli Parlimen, dan Dewan Rakyat berfungsi seperti DPR di Indonesia.

“Oleh itu, teguran dan peringatan haruslah lebih tepat ditujukan kepada Ahli Parlimen yang menerima gaji dan elaun yang tinggi, tetapi culas menjalankan amanah antaranya sering tidak hadir ke sidang Parlimen tanpa sebab munasabah.

“Ahli Parlimen sebegini yang sebenarnya perlu lebih beringat dan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di negara jiran,” katanya.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

SANDAKAN – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada warganegara dalam pelaksanaan bantuan kepada mangsa terjejas bencana kebakaran, namun aspek kemanusiaan tetap diutamakan tanpa mengira status, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti