Kerajaan Madani terbukti komited laksana pemerkasaan, reformasi penjawat awam

PUTRAJAYA – Kenaikan gaji penjawat awam menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), penubuhan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) serta pelancaran Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) antara pencapaian awal dikecapi menerusi agenda reformasi perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, kejayaan reformasi agenda perkhidmatan yang lain termasuk Deklarasi Kuala Lumpur – Tekad Bersama Perkhidmatan Awam pada 24 November lalu iaitu buat julung kalinya dalam sejarah negara dilaksanakan apabila semua pentadbiran kerajaan negeri menandatangani dan mengisytiharkan komitmen untuk melaksanakan reformasi perkhidmatan awam di seluruh negara.

“Kita juga melaksanakan nyanyian lagu Negaraku dan Ikrar Rukun Negara bermula 20 September 2024 bagi meningkatkan patriotisme dan taat setia penjawat awam, selain pelaksanaan penilaian demerit performance evaluation (DEEP) kepada pegawai pengawal sebagai penilaian lebih adil dan berobjektif, bermula bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri bagi Januari 2025, hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Azri berkata, kerajaan juga telah melaksanakan reformasi kerenah birokrasi (RKB) dan uji kaji peraturan melalui pekeliling pada 24 November 2024.

“Setakat 17 Disember 2024, sebanyak 47 projek telah siap antara lain melibatkan usaha mempercepat proses kelulusan permohonan yang mengambil tempoh berbulan-bulan, kepada hanya beberapa hari selain meningkatkan penubuhan Unit Integriti di pihak berkuasa tempatan daripada 49 kepada 102, iaitu peningkatan sebanyak 35 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat serta pemerkasaan ekonomi diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, perkara itu jelas terbukti apabila pelaburan digital diluluskan bernilai RM254.7 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini dan turut mewujudkan 159,000 pekerjaan.

“Ketokohan Perdana Menteri di pentas antarabangsa telah menarik pelbagai syarikat teknologi gergasi untuk melabur di Malaysia antaranya, Microsoft bernilai RM10.5 bilion, NVIDIA dan YTL pula RM20 bilion dan Oracle RM27 bilion;

“Kadar inflasi sehingga Ogos 2024 di tahap terkawal 1.9 peratus selain, Permodalan Nasional Bhd (PNB) mencipta sejarah selepas isytihar dividen 5.75 persen, tertinggi dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Mengulas lanjut, Shamsul Azri berkata, di bawah pemerintahan Kerajaan Madani apabila prestasi Ringgit negara merupakan mata wang terbaik di rantau Asia selain berjaya memperoleh pendapatan bersih Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada RM9.7 billion, merekodkan lonjakan sehingga 34 kali ganda, berbanding sebelum ini.

“Malah, melihat nama Datuk Seri Anwar tersenarai di dalam hall of fame di kedudukan ke-11 dalam senarai 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh di Dunia adalah satu kebanggaan buat kami semua,” katanya.

Related Posts

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah
  • SitiSiti
  • July 14, 2025

CANSELOR Jerman, Friedrich Merz, pada Ahad mengkritik keras rancangan Israel untuk memindahkan penduduk Palestin ke sebuah kawasan penempatan sementara yang dibina di atas runtuhan bandar Rafah, selatan Gaza. Dalam satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka