Tiada skandal besar dalam dua tahun Kerajaan Madani memerintah

PUTRAJAYA – Usaha Kerajaan Perpaduan memperkasakan tatakelola pada pelbagai peringkat sebagai satu kejayaan berikutan tiada skandal atau kes besar boleh dipalitkan kepada kerajaan dalam tempoh dua tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam tempoh itu, kerajaan pimpinannya menjalankan proses tender yang telus hingga tiada skandal besar berlaku.

“Sementara kita tekankan soal tatakelola, yang saya anggap satu kejayaan, orang banyak bercerita mengenai kes lama dan saya nak sebut dalam tempoh dua tahun ini, saya syukur kepada Allah kerana kita menjalankan proses tender yang telus dan tidak ada satu pun skandal besar diungkapkan dalam tempoh dua tahun ini.

“Bagi saya ini kejayaan yang lebih besar. Kita ada keupayaan dan tidak boleh menyelesaikan semua masalah, negara ini negara hukum (ada undang-undang) dan kita harus mengambil keputusan berdasarkan tatakelola yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan amanat Tahun Baharu 2025 dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mahu penjawat awam memberikan tumpuan terhadap fokus membangunkan Malaysia agar menjadi negara yang hebat di rantau ini.

Katanya, keperluan buat penjawat awam memikirkan langkah untuk melakukan reformasi dalam perkhidmatan awam.

“Jadi, jangan kita umpamanya terheret dengan perbincangan hiruk-pikuk yang lain. Saya mahu penjawat awam mempunyai satu ketetapan bahawa tugas kita ialah melonjakkan ekonomi dan prestasi negara kita, kecekapan kita, serius kita.

“Dan percayalah beri satu dua tahun, kalau semangat sebegini rupa, pengiktirafan sebegini rupa dan kesatuan semangat kita, saya percaya kita akan saksikan Malaysia sebagai negara hebat di rantau ini, saya yakin,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan akan melaksanakan sesi pemukiman kali ketiga dalam tempoh terdekat.

Jelasnya, sesi pemukiman itu bukan untuk menceritakan kejayaan masing-masing, sebaliknya menjadi platform anggota Kabinet memperbaiki kelemahan yang ada.

“Kita dalam beberapa minggu ini akan mulakan dengan retreat (pemukiman) Jemaah Menteri, dan retreat itu bukan untuk mencatat (bahawa) ini kejayaan masing-masing.

“(Pemukiman itu) untuk menyatakan bahawa ada ruang yang harus diperbaiki, ada kelemahan yang harus dibetulkan dan ada tahap kesungguhan yang harus kita tingkatkan,” katanya.

Related Posts

Keyakinan rakyat meningkat, bukti kejayaan Kerajaan MADANI
  • YnomYnom
  • July 10, 2025

KOTA KINABALU – Dapatan tinjauan Ipsos (Ipsos Populism Report 2025) menunjukkan keyakinan rakyat terhadap masa depan negara meningkat. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu ditangani secara cermat

PUTRAJAYA – Pelantikan hakim mahkamah atasan di Malaysia perlu ditangani dengan cermat dan secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan. Istana Negara dalam kenyataannya berkata, perkara itu mengikut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas