Kerajaan MADANI komited selesaikan isu tuntutan 40 peratus tanpa rayuan – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI memberi komitmen penuh untuk menyelesaikan tuntutan 40 peratus hak hasil Sabah tanpa sebarang rayuan dengan proses rundingan dan pengiraan kini dipercepatkan bagi memenuhi tempoh 180 hari seperti ditetapkan mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, isu 40 peratus itu menjadi agenda utama mesyuarat Kabinet, termasuk dibincangkan secara berterusan bersama Perdana Menteri.

“Saya bagi komitmen di sini sebagai Menteri Persekutuan, tetapi ada lagi suara-suara yang kata kita mahu merayu untuk 40 peratus itu, bab 40 peratus ini tidak dirayu.

“Sebab saya yang bawa isu ini dalam mesyuarat Kabinet sebelum ini dan Jumaat lepas pun, ini agenda yang menjadi keutamaan dalam mesyuarat Kabinet dan juga oleh Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis Santai Reunion Bersama Komuniti Kaliangau dan Keluarga 2026 @Mini Dewan Kampung Keliangau, Inanam, di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, dua mesyuarat rasmi telah diadakan antara Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Persekutuan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, selain penubuhan Jawatankuasa Khas bagi menentukan kaedah pengiraan tuntutan berkenaan.

“Saya sendiri membawa isu ini dalam beberapa mesyuarat Kabinet dan ia perlu diselesaikan dalam tempoh 180 hari dan sudah diwujudkan juga satu jawatankuasa Khas untuk mengira 40 peratus ini. Itu sudah ada dan saya minta mesyuarat kena dicepatkan.

“Walaupun formula belum dimuktamadkan, Kerajaan MADANI telah meningkatkan Pemberian Khas kepada Sabah sebanyak RM600 juta setahun sebagai langkah sementara,” kongsinya.

Dalan pada itu, Mustapha turut menegaskan hasil 40 peratus itu kelak mesti digunakan untuk menyelesaikan masalah rakyat, khususnya infrastruktur asas seperti jalan raya.

Mengulas isu kesesakan lalu lintas, beliau berkata, kerajaan turut memberi tumpuan kepada projek Lebuhraya Pan Borneo, terutama pakej 6, 7 dan 8 dari Putatan ke Tuaran, yang disifatkan penting bagi mengurangkan kesesakan teruk di laluan sedia ada.

“Saya mahu masuk kampung dulu dan akan monitor projek-projek. Saya akan lawat Pakej 6,7,8 Pan Borneo daripada Putatan sampai Tuaran.

“Saya dimaklumkan progresnya baik tapi yang ini saya kata kena percepatkan sebab kalau tidak dipercepatkan jalan kita tiada jalan alternatif, semua satu jalan dan akan sesak. Jadi kalau sudah siap ini kita dapat atasi kesesakan ini,” tegasnya.

Beliau yakin apabila siap Pan Borneo, khususnya di kawasan Parlimen Sepanggar, akan menjadi penyelesaian jangka panjang kepada masalah trafik, selain menegaskan lebuh raya tanpa tol itu adalah aset besar Sabah yang perlu dilihat secara menyeluruh.

Related Posts

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

LIMBANG – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan RPR Batu Biah (RAP 62N) dimaklumkan akan berlaku lencongan jalan sementara bermula 2 hingga 4 Mei ini. Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China