Kerajaan Johor pastikan kebajikan pengusaha pertanian di JS-SEZ dilindungi

ISKANDAR PUTERI – Segala kemodenan dan kepesatan yang bakal beroperasi dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) tidak akan membebankan golongan pengusaha pertanian di kawasan itu.

Keyakinan tersebut disuarakan Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip yang bersedia melindungi kebajikan golongan berkenaan melalui beberapa inisiatif.

Menurut beliau, antara langkah sedang dipertimbangkan termasuklah mewujudkan akta khusus, insentif khas kepada pelabur yang membangunkan teknologi pertanian moden serta pengenalan tarif air berbeza.

“Kesemua langkah ini dicadangkan oleh pengusaha sektor pertanian sendiri pada bengkel dan sesi libat urus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri. Ia melibatkan pengusaha ternakan, perikanan dan tanaman.

“Antara fokus utama yang turut dibincangkan adalah usaha untuk mengelakkan pengusaha daripada terpaksa berpindah keluar dari zon khas itu, pertimbangan langkah-langkah boleh diambil bagi menjamin kedudukan mereka serta komitmen menarik pelabur ke negeri ini,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, bengkel dan sesi libat urus itu telah diadakan untuk mendapatkan maklum balas serta cadangan terbaik demi memastikan kelangsungan aktiviti pertanian dalam kawasan JS-SEZ

Katanya, langkah proaktif berkenaan membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk menyeimbangkan agenda pembangunan dengan kelestarian sektor pertanian sekali gus memastikan kesejahteraan dan kebajikan pengusaha tempatan.

Selain itu kata Zahari, dengan beroperasinya Ladang Vertikal Dalam Bangunan dalam kawasan JS-SEZ, di sini, sektor pertanian Johor menerima limpahan positif sekali gus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju keterjaminan makanan negara.

Related Posts

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

BUKIT MERTAJAM – Kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini mencatat peningkatan memberangsangkan apabila hampir mencecah RM10 juta setakat 9 April lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

MANJUNG – Taktik licik sebuah premis perniagaan kayu dijadikan pusat transit diesel bersubsidi akhirnya terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 5,070 liter minyak diesel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik