Lelaki warga emas ditemukan lemas di Sungai Muar

TANGKAK – Mayat seorang lelaki warga emas yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Panchor, Jalan Panchor-Gersik, di sini, semalam, berjaya ditemukan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, mangsa berusia 62 tahun itu berjaya ditemui kira-kira 3 kilometer dari lokasi kejadian.

“Mayat ditemui pada jam 10 pagi tadi dan kertas siasatan yang pada asalnya diklasifikasi sebagai kes orang hilang (OH) telah ditukar kepada mati mengejut (SDR).

“Mayat kini dihantar ke Hospital Tangkak bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, media melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas anak mangsa memaklumkan panggilan telefon dibuat kepada bapanya telah dijawab oleh orang awam.

Roslan berkata, orang awam berkenaan memaklumkan bahawa mereka menemukan kereta milik mangsa ditinggalkan di atas Jambatan Panchor.

“Mangsa sebelum itu dilaporkan keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Parit Tunggul, Kundang Ulu, di sini kira-kira 6 pagi, semalam dengan menaiki kereta Mazda CX5 berwarna kelabu.

“Susulan maklumat itu, keluarga mangsa mengesyaki warga emas itu telah terjatuh ke dalam Sungai Muar berkenaan,” katanya.

Related Posts

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

BUKIT MERTAJAM – Kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini mencatat peningkatan memberangsangkan apabila hampir mencecah RM10 juta setakat 9 April lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

MANJUNG – Taktik licik sebuah premis perniagaan kayu dijadikan pusat transit diesel bersubsidi akhirnya terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 5,070 liter minyak diesel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik