Kenderaan Thailand dikesan lebih 3 tahun bergerak di Malaysia tanpa permit

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan terdapat kenderaan asing dari Thailand masuk ke Malaysia sehingga tempoh tiga tahun tanpa memiliki permit edaran antarabangsa (ICP).

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, kesalahan itu turut melibatkan ada dalam kalangan mereka langsung tidak memohon permit untuk membawa masuk kenderaan ke Malaysia

Selain itu, turut terdapat juga kes tamat tempoh serta nombor pendaftaran yang ditampal di kenderaan mereka tidak seperti yang didaftar di negara mereka.

Bagaimanapun taktik licik mereka itu berjaya dikesan selepas JPJ menyita 55 kenderaan membabitkan 43 motosikal, tujuh kenderaan pacuan empat roda dan lima kereta menerusi Ops Khas ICP di tiga lokasi pintu masuk Malaysia-Thailand di Kelantan.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, kes-kes tersebut dikesan semasa JPJ menjalankan Operasi Khas ICP di seluruh Kelantan dalam tempoh 11 hari bermula 5 September hingga semalam menyaksikan sebanyak 484 kenderaan diperiksa membabitkan motosikal, kereta, van dan pacuan empat roda.

Katanya, daripada jumlah berkenaan, 104 kenderaan diambil tindakan dan 55 kenderaan disita membabitkan tiga kesalahan yang dikesan.

“Tiga kesalahan terbabit adalah tidak memiliki ICP dan ICP tamat tempoh 90 hari serta mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain.

“Operasi dilakukan susulan pihaknya mendapat aduan selain melakukan risikan berhubung kenderaan asing yang masuk ke Malaysia tanpa memiliki ICP,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, hasil pemeriksaan mendapati ada di kalangan kenderaan mereka berada di Kelantan sehingga tiga tahun tanpa memiliki ICP.

Katanya yang percaya selain mengelak daripada mambayar insuran kenderaan, mereka juga mengambil kesempatan berhubung kelonggaran kenderaan asing masuk ke Malaysia dalam lingkungan dua kilometer yang dibenarkan.

“Modus operandi mereka yang tiada ICP atau ICP tamat tempoh, kenderaan terbabit akan disimpan di rumah mereka dan hanya digunakan waktu tertentu seperti waktu malam dan hujung minggu yang mereka percaya tiada sekatan jalan raya.

“Kita memandang serius perkara ini dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

“Malah, kebanyakan kenderaan asing itu juga dipandu oleh rakyat tempatan. Mungkin juga kenderaan terbabit dibeli menggunakan nama saudara mara mereka di Thailand dan kenderaan itu digunakan di sini,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 21(5) Akta Pengangkutan jalan 1987, Seksyen 7(2) APJ 1987 dan Subseksyen 108(3((e) APJ 1987.

Pada masa sama, beliau turut mengarahkan Pengarah JPJ Perlis, Kedah dan Perak supaya melakukan operasi sama kerana dikhuatiri negeri sempadan yang lain juga berdepan situasi sama.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti
  • YnomYnom
  • December 8, 2025

KOTA KINABALU – DAP Sabah menghormati keputusan pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah yang disifatkan sebagai isyarat jelas krisis keyakinan terhadap parti itu dan Pakatan Harapan, sekali gus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang