
KUCHING: Kontinjen Sarawak berhasrat mahu merampas semula kejuaraan Para Sukan Malaysia (SUKMA) daripada pasukan Sabah.
Ketua Kontinjen Sarawak Datuk Mohd Razi Sitam berkata sasaran 83 pingat sudah ditetapkan untuk merealisasi misi ini.
“Kita mahu merampas gelaran juara dari Sabah kerana terlepas empat pingat emas pada 2022,” kata beliau.
Tambah beliau, sasaran 83 pingat emas berdasarkan ramalan yang dibuat sepanjang latihan.
Beliau berkata demikian kepada media pada pada Majlis Penangguhan Kem Atlet Sukan Para Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 bersama Chef de Mission (CDM), ACDM dan Pegawai Perhubungan di Hotel Raia Kuching pada Selasa.
Sementara itu, beliau berkata penganjuran Kem Atlet Sukan Para Malaysia bertujuan memberi motivasi serta meningkatkan semangat juang atlet Sarawak.
“Berbanding dengan SUKMA, kita tahu Para SUKMA melibatkan pengurusan kebanyakan atlet kurang upaya dari segi kebolehan dan emosi,” ujar beliau lagi.




