Kementerian Perpaduan Negara disaran edar Buku Perlembagaan secara percuma

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menyarankan Kementerian Perpaduan Negara supaya mencetak dan mengedarkan Buku Perlembagaan Persekutuan secara percuma kepada rakyat.

Katanya ia untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang kandungan Perlembagaan Persekutuan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Menurutnya, ini bagi membolehkan rakyat memahami sekali gus memupuk semangat cintakan negara yang tinggi serta mengetahui hak masing-masing yang dilindungi oleh perlembagaan.

“Sebab itu saya mencadangkan Menteri Perpaduan Negara supaya mencetak dan mengedarkan secara percuma bermula daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di bawah seliaan kementerian ini.

“Ini bagi membolehkan timbul kesedaran bukan sahaja dalam kalangan rakyat tetapi juga dalam kalangan para pemimpin tempatan malah juga wakil–wakil rakyat dalam menyuarakan sesuatu pandangan, tindakan atau mengambil sebarang keputusan.

“Maka dengan itu, tidak timbul lagi persoalan tentang hak–hak tertentu termasuk dalam hal ehwal pindaan–pindaan perlembagaan seperti yang berlaku berulang kali di Dewan Rakyat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025, di sini.

Madius berkata, rakyat perlu memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan amat penting dan boleh menjadi pelindung kepada semua pihak di dalam negara.

“Seperti juga setiap Ahli Parlimen telah mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan negara di Dewan yang mulia ini.

“Jadi sekali lagi saya cadangkan kepada Menteri Perpaduan Negara agar buku ini dapat dicetak secara meluas dan diserahkan kepada orang ramai secara percuma,” ujarnya.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM