SPRM tangguh rakam keterangan Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Proses rakaman percakapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadual hari ini ditangguhkan pada Jumaat.

SPRM memaklumkan, penangguhan itu disebabkan faktor kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata Ismail Sabri dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM hari ini untuk memberi keterangan.

Kehadiran itu bagi direkod keterangan kali kedua berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung isu Keluarga Malaysia membabitkan dana pengiklanan dan promosi agenda kerajaan bernilai RM700 juta.

Pada 10 Februari lalu, Ismail Sabri sudah menghantar maklumat pengisytiharan harta sebelum keterangannya direkodkan pada 19 Februari.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

SPRM dilapor menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang serta 16 kilogram jongkong emas dianggarkan bernilai RM7 juta.

Related Posts

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dengan segera bagi mengimbangi impak lonjakan harga diesel yang semakin memberi kesan rantaian pelbagai peringkat. Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis