SPRM rakam keterangan kali kedua Ismail Sabri esok

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, esok pagi.

Beliau dijangka hadir bagi direkodkan keterangan kali kedua berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana pengiklanan dan promosi agenda kerajaan bernilai RM700 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir pada jam 10.30 pagi.

“SPRM akan rakam keterangan beliau esok bagi meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam sidang media SPRM semalam, Azam dilaporkan berkata, Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes berkenaan.

Setakat ini SPRM sudah merakam keterangan 31 saksi dalam kes itu, selepas menerima aduan mengenai isu berkenaan tahun lalu.

SPRM dilapor menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa dan 16 kilogram jongkong emas dianggarkan bernilai RM7 juta.

Related Posts

Persepsi masyarakat Bahasa Inggeris lebih unggul dari Bahasa Melayu perlu dibuang

PUTRAJAYA – Persepsi bahawa penggunaan Bahasa Inggeris lebih unggul dari Bahasa Melayu perlu diubah kerana ia secara tidak langsung menyumbang kepada peminggiran bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat. Pakar bahasa dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Transformasi SPRM perlu dilaksana secara berterusan, perangi rasuah secara holistik

AGENDA pembaharuan dan transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dimulakan kepimpinan terdahulu perlu diteruskan bagi memastikan ia kekal relevan serta diyakini rakyat. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang