Kelantangan PM cerminan pendirian konsisten Malaysia anti-Israel

KEPERIBADIAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan impak yang signifikan terhadap isu Israel dan Palestin.

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Dan Felo di Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), Profesor Madya Dr Ratnaria Wahid berkata, situasi ini mencerminkan pendirian Malaysia yang konsisten menentang tindakan Israel dan menyokong hak-hak Palestin.

“Dalam konteks ini, Anwar telah mengambil langkah proaktif dengan merancang untuk mendapatkan sokongan negara-negara Arab dalam usaha menggugurkan keanggotaan Israel dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Tindakan ini bukan sahaja menunjukkan keberanian dalam menghadapi kuasa besar seperti Amerika Syarikat, tetapi juga mencerminkan komitmen Malaysia untuk menegakkan prinsip hak asasi manusia di peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan kepada The Malaysia Press.

Mengulas lanjut, Ratna berkata, Malaysia telah menjadi suara lantang dalam menentang pelanggaran hak asasi manusia oleh Israel.

Katanya, sebagai contoh, Malaysia telah menyuarakan sokongan terhadap resolusi-resolusi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengutuk tindakan ketenteraan Israel di Gaza dan penempatan haram di Tebing Barat.

“Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, meneruskan legasi ini dengan lebih tegas, menekankan perlunya tindakan kolektif oleh negara-negara Islam dan masyarakat antarabangsa untuk mengatasi krisis kemanusiaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin.

“Namun, pendekatan tegas Anwar juga membawa risiko. Tindakan beliau berkemungkinan akan menimbulkan ketegangan dalam hubungan diplomatik dengan negara-negara Barat yang menyokong Israel.

“Ini berpotensi memberi kesan negatif kepada kerjasama ekonomi dan strategik Malaysia dengan rakan-rakan antarabangsa,” katanya.

Di samping itu, katanya meskipun terdapat sokongan terhadap usaha menggugurkan keanggotaan Israel, kebarangkalian untuk berjaya adalah rendah kerana sejarah veto yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap resolusi-resolusi kritikal terhadap Israel.

Anwar turut mencadangkan mana-mana negara enggan mengiktiraf resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu disingkirkan daripada badan dunia itu.

Tanpa menyebut nama negara, tetapi merujuk kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, Anwar berkata, mengusir negara tersebut satu-satunya pilihan yang ada.

“Walaupun cabaran ini wujud, Anwar dapat mengambil inspirasi daripada kes Afrika Selatan yang berjaya dipulaukan kerana dasar apartheidnya.

“Kes ini menunjukkan bahawa tindakan kolektif oleh negara-negara anggota PBB dapat menghasilkan perubahan. Dengan pendekatan yang berani dan berstrategi, Malaysia di bawah kepimpinan Anwar Idiharapkan dapat terus memainkan peranan penting dalam memberikan keadilan bagi rakyat Palestin dan memperjuangkan hak asasi manusia di pentas dunia,” katanya.

Hari ini, Anwar membidas keras terhadap pihak yang memfitnah beliau kononnya mengiktiraf Israel.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan memperbodoh rakyat.

Perdana Menteri sama sekali menolak dakwaan pihak tertentu bahawa beliau mengiktiraf Israel dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.

Anwar menegaskan Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel secara ‘de jure’, meskipun mengakui kewujudan negara itu sebagai fakta ‘de facto’.

Pada Jumaat, kerajaan menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyunting temu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama agensi media antarabangsa CNN, kononnya Malaysia seolah-olah mengiktiraf negara haram Israel.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, pendirian negara sememangnya jelas berhubung kekejaman yang melanda di Palestin malah isu itu juga sudah ditekankan beberapa kali dalam sidang Parlimen.

Related Posts

Semua pihak perlu junjung titah Agong perangi rasuah

TITAH Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menekankan keperluan tindakan tegas dan menyeluruh dalam memerangi rasuah serta salah guna kuasa perlu dijadikan panduan utama oleh semua pihak, kata Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli Parlimen diingatkan jangan cetus ketegangan antara wilayah

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan Ahli Parlimen supaya tidak mengeluarkan kenyataan atau tindakan yang bersifat menghasut sehingga boleh mencetuskan ketegangan antara wilayah, sekali gus menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri