Kejayaan diplomatik Anwar, strategi kembalikan reputasi Malaysia di pentas antarabangsa

PUTRAJAYA – Sepanjang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri ke-10, beliau telah mempamerkan kepimpinan mengagumkan dalam arena diplomatik, sekali gus mencerminkan komitmen untuk mengembalikan reputasi Malaysia di pentas antarabangsa dan terlibat dalam diplomasi di peringkat serantau secara proaktif.

Sejak mengambil alih jawatan pada 24 November 2022, pendekatan proaktif Perdana Menteri berusia 76 tahun itu terhadap isu global dan hal ehwal serantau menerima banyak pujian daripada pelbagai pihak, mengatasi pencapaian diplomatik yang ditetapkan pemimpin terdahulu.

Dedikasi Anwar jelas terlihat menerusi lawatan diplomatik ke negara seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Turki, Filipina, Arab Saudi, Kemboja, Laos, Vietnam, China, Amerika Syarikat (AS), Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan juga Rusia.

Kepantasan berterusan itu bukti jelas komitmen Perdana Menteri bagi mendapatkan kembali kedudukan Malaysia yang diterjemahkan beliau dalam setiap keputusan untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan jiran di Asia Tenggara melalui lawatan rasmi luar negara pertamanya ke Jakarta dari 8 hingga 9 Januari, tahun lalu.

Pakar Hubungan Antarabangsa dan Politik dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi yang mengulas pencapaian itu, turut memuji pendekatan diplomatik yang dilaksana Perdana Menteri.

“Kesungguhan Perdana Menteri (dalam hubungan diplomasi) menunjukkan satu langkah drastik demi memperkukuh Malaysia, selain sebagai contoh pendekatan diplomatik ekonomi yang digunakan Anwar, khususnya dalam membentuk hubungan politik lebih baik dan matang. Malah, komited beliau telah pun dimulakan selepas (sebulan) menjawat Perdana Menteri.

“Bila sudah erat perhubungan itu, ia sekaligus bukan sahaja memberi impak positif kepada ekonomi kedua-dua buah negara, malah dari sudut keselamatan ataupun alam sekitar juga akan memberi keuntungan. Sebagai contoh, pelbagai MoU telah dirangka bersama China berikutan negara kuasa besar itu sudah kedepan dari aspek ekonomi yang memberi kelebihan kepada ekonomi Malaysia, selain mencipta peluang pekerjaan,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri menyatakan hasratnya mahu terus mengukuhkan hubungan dengan negara-negara kuasa besar, khususnya China dan Amerika Syarikat (AS) tanpa memilih mana-mana pihak dan interaksi dengan kedua-dua kuasa besar itu memberikan Malaysia lebih banyak ruang strategik untuk memajukan kepentingan nasionalnya.

Anwar sering mendapat pujian kerana menumpukan kepada peluang intraserantau dan institusi dalam perdagangan dan pelaburan di tengah-tengah persaingan AS-China.

Bagaimanapun, hubungan delegasi itu tidak menghalang kelantangan Perdana Menteri bersuara menyokong perjuangan Palestin, mengutuk serangan Israel di platform antarabangsa seperti dialog tidak rasmi Minggu Pemimpin Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan jamuan tengah hari yang diadakan di AS, tahun lalu.

Semasa mesyuarat itu, Anwar mengejutkan pemimpin yang hadir dengan mengutuk serangan Israel ke atas Palestin dan menggesa gencatan senjata di hadapan Presiden AS, Joe Biden dan pemimpin negara anggota ekonomi yang lain.

Satu kenyataan bersama oleh pemimpin Malaysia, Indonesia dan Brunei yang menggesa gencatan senjata segera dan berkekalan di Gaza turut dikeluarkan semasa APEC, menunjukkan betapa Malaysia dan dua negara jiran terdekatnya serius memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Menteri Kewangan itu juga konsisten mengetengahkan isu Palestin di pelbagai perhimpunan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sidang Kemuncak Asean, Sidang Kemuncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam.

Mengulas perkara itu, Hussain yang juga Ketua Jabatan Pengajian Hubungan Antarabangsa UniSZA menegaskan walaupun Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu lantang menegur negara tindakan zalim Israel, namun ia tidak menjejaskan hubungan diplomasi yang telah dijalinkan Malaysia bersama negara-negara Barat.

“Ini pandangan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, nak terima atau tidak, itu terpulang pada mereka kerana kita ada hak untuk bercakap apabila kita sebagai salah anggota Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

“Tidak semudah untuk negara Barat boikot Malaysia apabila kita ada pendirian mengkritik Israel kerana sudah ada perjanjian ekonomi yang tidak boleh terbatal begitu sahaja kerana pelbagai proses jangka pendek atau panjang melibatkan dua negara atau multi negara. Sebagai contoh Starbuck, orang boleh boikot namun kalau nak (diarah) tutup, memang tidak boleh dilakukan,” katanya.

Sehubungan itu, PMX perlu diberi kepercayaan dalam mentadbir negara bagi membuktikan idealismenya, selain tindakannya ketika ini mencerminkan agenda diplomatik yang kukuh dan jelas mempamerkan kebangkitan Malaysia di persada antarabangsa.

Related Posts

MAIWP peruntuk RM1.1 juta sumbangan zakat bagi program Nur Ramadan 2025

LABUAN – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sumbangan wang zakat sebanyak RM1.1 juta bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan menerusi program Nur Ramadan 2025. Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dalam kenyataannya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam larang hina agama lain, kerajaan juga tegas tangani isu hina Islam

PENDANG – Sebarang bentuk penghinaan terhadap agama Islam tidak akan dibiarkan seiring dengan ajaran Islam yang turut melarang perbuatan menghina agama lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

  • By Fandi
  • March 16, 2025
Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy

PRN17 Sabah: Mohamaddin mahu pertahan kerusi DUN Segama

  • By Fatin
  • March 16, 2025
PRN17 Sabah: Mohamaddin mahu pertahan kerusi DUN Segama