Serah semula tanah adat selesai isu tuntutan penduduk Kg Tambisan – PM Anwar

LAHAD DATU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong penuh agar Felda mengembalikan semula kepada penduduk yang telah menuntut Tanah Adat mereka sejak sekian lama di Kampung (Kg) Tambisan. 

Beliau berkata, tuntutan itu sebelum ini telah dibangkitkan Kerajaan Negeri Sabah berikutan tanah juga dimiliki Felda bagaimanapun setelah dibuat ukuran serta penilaian, hak rakyat tersebut akan dikembalikan. 

“Ada penduduk Kg Tambisan memohon untuk dipulangkan tanah atau dikembalikan hak mereka sekitar 400 hektar. 

“Saya luluskan dan minta Felda berunding dengan Kerajaan Negeri dan jika ada libatkan keperluan Felda, saya akan selesaikan dengan baik kerana masalah tanah harus selesai di Kg Tambisan. Jika tidak selesai tulis surat kepada saya.

“Berapa puluh tahun tunggu, berapa kerajaan silih berganti, Kerajaan Madani dengar terus luluskan,” beliau berkata demikian sempena Program Santunan Budi, Tautan Kasih Felda Madani di Padang Bandar Felda Wilayah Sahabat, di sini, pada Khamis. 

Dalam pada itu, Anwar  juga meluluskan sebuah pusat dialisis yang telah dimohon untuk diwujudkan di Felda Wilayah Sahabat selain kemudahan lampu jalan dan insfrastruktur lain bagi kemudahan rakyat. 

Mengulas lanjut, Anwar berkata, satu Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dibuat bersama Kerajaan Negeri Sabah bagi mencari titik penyelesaian dengan cara baik dan perundingan. 

Justeru, beliau menggesa agar masyarakat tidak terpengaruh dengan suara pihak pembangkang yang semasa berada di tampuk kepimpinan tidak menyelesaikan isu berbangkit.

“Kerjasama dengan kerajaan Negeri dan Persekutuan. Jangan dengar pembangkang. 

“Petang ini mesyuarat MA63. Hal ini lebih 60 tahun kita runding baik dengan Kerajaan Negeri bukan maki-hamun. Ini tanggungjawab bersama. 

“Masa kita perintah, jangan hasut rakyat, curi duit rakyat. Kerja khidmat bersama-sama negeri,” tambahnya.

Related Posts

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

SARATOK – Malam Tujuh Likur disambut meriah di Saratok dengan pelbagai aktiviti tradisional dan keagamaan, termasuk pertandingan pintu gerbang yang menjadi daya tarikan utama.  Menariknya, Malam Tujuh Likur merupakan kemeriahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

JITRA – Bapa kepada dua beradik yang cedera akibat bermain mercun bola di kawasan rumah mereka di Kampung Baru, Kuala Nerang pada 19 Mac lalu ditahan bagi membantu siasatan berhubung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta