Kecam SPM: Pembangkang haprak!

KECAMAN pembangkang ke atas kerajaan yang tidak menangguhkan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyerlahkan perangai buruk mereka.

Cara mereka mengecam isu ini seolah-olah inilah kali pertama SPM dilaksanakan pada penghujung tahun.

Tindakan tidak berakal budi penyokong pembangkang itu yang pada awal hanya berkisarkan permasalahan dunia pendidikan, melarat kepada isu politik kepartian.

Para pelajar, khususnya calon SPM dihasut membenci kerajaan dengan tema kezaliman – dendam perlu dibalas.

Kerajaan digambar kepada calon SPM sebagai pihak yang menyusahkan mereka dan tidak wajar diberi undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Dalam usaha menyemai kebencian itu, banyak isu dimanipulasikan seolah-olah kerahaan terlalu zalim kepada rakyat khususnya anak muda.

Antaranya, dikatakan bahawa kerajaan sengaja tidak menangguhkan peperiksaan itu kerana yang terkesan dengan banjir, pelajar Melayu.

Dengan menjadikan hujah kononnya Kerajaan Perpaduan merupakan boneka kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP), mereka mendakwa, jika banjir berlaku di negeri yang dikuasai DAP, pasti SPM tahun ini ditangguhkan.

Lihatlah betapa parahnya permainan penyokong pembangkang ini dalam menebalkan selimut kebencian ke atas kerajaan.

Api kebencian itu menjadi lebih berbahang apabila Ahli Parlimen Rantau Panjang turut menyelar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Pendidikan dituduh tidak peka dengan situasi itu, seolah-olah kerajaan sekaranglah mempelopori peperiksaan pada musim tengkujuh.

Sungguhpun akhirnya keluar kenyataan daripada pihak KPM yang mempertahankan kewajaran tidak menangguhkan peperiksaan, kumpulan penghasut itu terus aktif.

Mereka cuba mengaburi mata calon SPM dan golongan muda bahawa ini bukan suatu hal yang biasa.

Dengan perkataan lain, generasi sebelum ini seolah-olah tidak pernah berdepan permasalahan ini.

Golongan muda dihasut sehabis upaya membenci kerajaan termasuk mengaitkan ini dengan Perdana Menteri (PM) yang kononnya sudah terhasut oleh anasir luar.

Sekalipun Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Kerajaan Perpaduan bertindak cemerlang menguruskan kebajikan mangsa banjir, pembenci kerajaan tetap memanipulasikan isu tersebut.

Memang sangat ‘haprak’ penyokong pembangkang yang terlibat dalam kerja jahat ini.

Related Posts

Jika bukan Anwar, maka siapa?

DALAM politik, mengkritik sentiasa mudah. Terlalu mudah. Setiap hari kita melihat suara-suara yang mempersoalkan kepimpinan, mengkritik dasar, dan mempertikaikan keputusan kerajaan. Namun di sebalik semua kritikan itu, satu soalan besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta