Banjir: Berhentilah memaki!

KUNJUNGAN Perdana Menteri (PM) ke Terengganu hari ini seharusnya dilihat dari sudut positif oleh negeri itu.

Langkah itu merupakan susulan dan pelengkap kepada kunjungan Timbalan Perdana Menteri (TPM) ke negeri itu semalam selain ke Kelantan sehari sebelumnya bagi menyelami derita rakyat yang terkesan oleh bencana banjir.

Ketika Kerajaan Perpaduan membuang perbezaan fahaman politik dengan kedua-dua Kerajaan Negeri itu, tersebar cacian dan makian sesetengah pihak yang masih lagi mahu berpolitik cara lama.

Makian itu secara keseluruhannya diasaskan kepada perkara yang remeh-temeh; yang sepatutnya tidak diletakkan di bahu Kerajaan Perpaduan pun.

Masih ditimbulkan isu penganaktirian peruntukan, kelewatan kunjungan, tuduhan bahawa negeri itu dibenci Kerajaan Perpaduan oleh pihak tertentu di laman media sosial.

Ditimbulkan juga isu kononnya Kerajaan Perpaduan zalim kerana meneruskan juga peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Pendidikan teruk dihentam termasuk oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang seolah-olah dia terlalu cerdik sedangkan kedangkalannya sendiri menjaga kawasannya sangat terserlah.

Apakah sebenarnya yang ada dalam kepala manusia sedemikian tidak kira penyokong tegar mahupun beberapa pemimpin pembangkang itu?

Kalau dilihat dengan teliti, ternyata itu terbit daripada sifat angkuh yang keterlaluan pihak berkenaan.

Bukan seorang dua Ahli Parlimen kedua-dua negeri itu tiada dalam kawasan masing-masing ketika banjir melanda.

Yang peliknya, ahli Parlimen yang culas itu tidak pula ditegur walaupun hanya datang dengan beberapa bungkus makanan ringan dan ada yang muncul setelah air mula surut.

Yang dibisingkan mereka, frasa ‘tukar kerajaan’.

Dalam keghairahan bernaratif demikian, timbullah pelbagai cacian, makian, kejian, dan desakan ke atas Kerajaan Perpaduan.

Yang paling teruk menerima semua itu PM sekalipun bermacam-macam inisiatif telah dilaksanakannya ke atas dua negeri itu.

Kadangkala tertanya-tanya juga kita, itukah yang mereka pelajari di ruang ceramah agama di tempat masing-masing?

Malang betul itu berlaku.

Demi memelihara kesucian Islam, berhentilah berperangai sedemikian.

Dalam hal ini, sikap beberapa pemimpin kerajaan dua negeri itu yang nampak ada nilai murni seharusnya menjadi ikutan penyokong mereka.

Pun begitu, janganlah muka manis itu diperlihatkan secara bermusim.

Related Posts

Jika bukan Anwar, maka siapa?

DALAM politik, mengkritik sentiasa mudah. Terlalu mudah. Setiap hari kita melihat suara-suara yang mempersoalkan kepimpinan, mengkritik dasar, dan mempertikaikan keputusan kerajaan. Namun di sebalik semua kritikan itu, satu soalan besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta