Kastam tumpaskan sindiket seludup bunga ganja bernilai RM1.8 juta

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar dadah jenis bunga ganja seberat 21.22 kilogram bernilai lebih RM1.8 juta.

Cubaan itu berjaya ditumpaskan zelepas sebuah van perdagangan ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 18 Julai lalu.

Pengarah JKDM, Zulkifli Muhammad berkata, penahanan tersebut dibuat ketika van perdagangan tersebut melalui kawasan Bay Pemeriksaan Eksport, Zon Perdagangan Bebas KLIA.

Menurutnya, van perdagangan tersebut disahkan membawa barangan dagangan “Consolidate” untuk tujuan ke salah sebuah negara Eropah yang dijadualkan berlepas pada 21 Julai 2025.

“Hasil pemeriksaan, JKDM menjumpai sembilan kotak dagangan yang disyaki dadah jenis ganja. Anggaran berat dadah tersebut adalah 21.22kg dan bernilai lebih RM1.8 juta.

“Ganja telah disenaraikan di bawah Jadual Pertama, Bahagian I dan II, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kes masih dalam siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, sindiket menggunakan modus operandi dengan menyembunyikan dadah terbabit di dalam plastik kedap udara pelbagai bungkusan makanan ringan dan juga bungkusan teh bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika disabitkan kesalahan akan dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan akan dijatuhkan hukuman sebat tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli juga mendedahkan, cubaan sindiket menyembunyikan minuman keras jenis Beer pelbagai jenama sebanyak 50,738.40 liter bernilai lebih RM2.03 juta berjaya ditumpaskan pihaknya selepas sebuah gudang terbiar di Puchong digempur pihaknya pada 10 Julai lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas premis perniagaan tersebut telah menjumpai sejumlah minuman keras jenis Beer pelbagai jenama untuk pasaran tempatan disyaki barang larangan dan tidak mempunyai setem cukai.

“Minuman keras adalah merupakan barang larangan yang disenaraikan di bawah Jadual Ketiga, Bahagian I, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 dan kes masih dalam siasatan.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan atau memiliki barang tak berkastam yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang itu atau RM100,000.

“Individu terbabit juga boleh didenda tidak lebih dari 20 kali ganda nilai barang itu atau RM500,000 yang mana lebih besar atau penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai membantu JKDM dalam memerangi jenayah penyeludupan khususnya dadah, rokok, minuman keras, mercun, kenderaan dan lain-lain.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Orang ramai digesa menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam terdekat di semua negeri. JKDM memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” katanya.

  • Related Posts

    Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

    KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

    PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

    • By Ynom
    • April 21, 2026
    MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

    Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

    Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

    Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

    Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

    Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

    Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

    Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

    Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

    Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

    Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang