Kaedah Co-Teaching lonjak profesionalisme guru, tangani kompleksiti pembelajaran moden

PUTRAJAYA – Kaedah co-teaching yang bakal diperkenal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula sesi akademik 2027 dilihat akan membuka lembaran baharu dalam dunia pendidikan tanah air.

Pemerhati pendidikan nasional, Mohd Tarmizi A Razak berkata, pendekatan itu bukan sekadar soal teknikal dua guru dalam satu kelas, tetapi anjakan paradigma bahawa mengajar adalah amanah bersama dan bukan lagi tugas individu.

Menurutnya, modul yang telah diamalkan di negara maju seperti Finland, Jepun dan Kanada sudah membuktikan kaedah itu memiliki kemampuan dalam meningkatkan kadar pemahaman, motivasi murid serta semangat kolaborasi profesional dalam kalangan guru.

Ada sesuatu yang menarik apabila dua jiwa pendidik bersatu di bawah satu bumbung ilmu. Seorang membawa pengalaman, seorang lagi membawa tenaga dan idea segar.

“Di antara mereka lahir keseimbangan antara disiplin dan kasih, antara struktur dan kreativiti. Inilah semangat yang diangkat oleh KPM melalui pelaksanaan kaedah co-teaching,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Mohd Tarmizi berkata, kepelbagaian murid semakin jelas, bermula daripada tahap keupayaan hingga latar sosioemosi dan cabaran terbabit menjadikan tugas seorang guru tunggal semakin kompleks.

Sehubungan itu, beliau yang juga bekas Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berpendapat kehadiran dua guru dalam satu kelas menjadi keperluan strategik untuk memastikan setiap murid diberi perhatian sewajarnya.

“Co-teaching memberi ruang pada guru berkongsi kepakaran dan melaksanakan differentiated instruction dengan lebih efektif. Seorang guru boleh memberi tumpuan kepada murid yang memerlukan sokongan tambahan, manakala seorang lagi meneruskan pengajaran arus perdana.

“Pendekatan itu juga membolehkan pelbagai kaedah pengajaran dilaksanakan serentak perbincangan kumpulan kecil, bimbingan individu, serta penilaian formatif secara langsung. Suasana pembelajaran menjadi lebih hidup dan berpusatkan murid, bukan semata-mata berorientasikan peperiksaan.

“Lebih daripada itu, murid akan belajar nilai kerjasama melalui pemerhatian. Mereka menyaksikan dua pendidik yang saling menghormati dan bekerjasama, mengajar bukan sahaja ilmu akademik, tetapi juga semangat berpasukan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Tarmizi memaklumkan, co-teaching membuka ruang pembelajaran profesional amat besar bagi guru, berikutan menghapuskan isolasi yang sekian lama mewarnai budaya pengajaran, menggantikannya dengan suasana sokongan rakan sejawat yang saling membina.

“Melalui perancangan bersama, guru boleh menilai keberkesanan strategi masing-masing dan memperbaikinya secara langsung. Ia menjadikan bilik darjah bukan sekadar tempat mengajar, tetapi makmal pembelajaran profesional yang hidup dan berterusan.

“Lebih penting, pendekatan ini turut membantu mengurangkan keletihan emosi (teacher burnout). Apabila tugas diagih secara bijak dan beban kerja dikongsi, guru berpeluang menumpukan kepada kualiti pengajaran, bukan semata-mata kuantiti tugasan,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Tarmizi berkata, kekangan tenaga pengajar dilihat merupakan kelompangan yang berlaku terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman, selain budaya kolaborasi tulen memerlukan masa untuk berkembang, susulan tidak semua guru bersedia berkongsi ruang dan tanggungjawab, apatah lagi apabila gaya pengajaran serta keperibadian berbeza. 

Katanya, sistem penilaian prestasi guru juga perlu disemak agar jelas mengenai pembahagian tanggungjawab dan kredit pencapaian di samping pentadbiran perlu menyediakan masa khusus untuk perancangan bersama, mewujudkan komuniti pembelajaran profesional (PLC), serta memastikan komunikasi antara guru berlangsung dalam suasana saling hormat dan terbuka.

“Pelaksanaan co-teaching adalah sebahagian daripada usaha KPM memperkukuh sistem pendidikan ke arah abad ke-21. Ia seiring dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan pembelajaran berasaskan kemahiran insaniah, pemikiran kritikal dan pembentukan sahsiah.

“Jika dilaksanakan dengan perancangan rapi dan disokong oleh latihan profesional yang mantap, pendekatan ini mampu menjadi simbol pembaharuan pendidikan Malaysia dari sistem berasaskan hierarki kepada sistem berasaskan kolaborasi dan empati.

“Sekiranya setiap guru mampu melihat rakan sejawatnya sebagai pelengkap, bukan pesaing, maka co-teaching bukan sekadar dasar baharu, ia akan menjadi manifestasi membina bangsa melalui kekuatan bersama,” katanya.

Related Posts

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said meminta semua pihak supaya menunggu sehingga selesai istiadat di Istana Negara esok…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

AHLI Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dan media Harakah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur berhubung kenyataan fitnah terhadap beliau yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’