Kadar pengangguran kekal 3.0 peratus pada Oktober

PUTRAJAYA –  Pasaran buruh negara terus menunjukkan prestasi stabil apabila kadar pengangguran kekal pada paras 3.0 peratus pada Oktober 2025, dengan bilangan penganggur meningkat kepada 518,900 orang.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, corak positif itu disokong oleh aktiviti ekonomi yang rancak dengan pertumbuhan guna tenaga yang kukuh sepanjang bulan berkenaan, selain kadar pengganguran kekal di paras rendah.

Katanya, tenaga buruh negara meneruskan momentum peningkatan apabila bertambah 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 17.58 juta orang, manakala kadar penyertaan tenaga buruh kekal 70.9 peratus seperti September lalu.

“Bilangan penduduk bekerja terus meningkat pada Oktober, naik 0.2 peratus kepada 17.06 juta orang berbanding 17.03 juta pada bulan sebelumnya.

“Jumlah penganggur pula mencatatkan kenaikan marginal sebanyak 0.1 peratus kepada 518,900 orang, namun kadar pengangguran kekal stabil pada 3.0 peratus,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir memaklumkan, kategori pekerja kekal sebagai komponen terbesar penduduk bekerja, merangkumi 74.8 peratus atau 12.76 juta orang, meningkat 0.1 peratus berbanding September, manakala bilangan individu bekerja sendiri pula turut bertambah 0.4 peratus kepada 3.25 juta orang.

“Bilangan penduduk bekerja kurang 30 jam seminggu terus berkurang 1.4 peratus kepada 233,200 orang. Guna tenaga tidak penuh berkaitan masa juga menyusut 1.7 peratus kepada 126,400 orang, dengan kadar 0.7 peratus.

“Penganggur aktif iaitu yang bersedia bekerja serta aktif mencari pekerjaan merangkumi 79.7 peratus daripada jumlah penganggur, meningkat sedikit kepada 413,800 orang,” katanya.

Selain itu, Mohd Uzir berkata. sebanyak 64.5 peratus merupakan individu yang menganggur kurang daripada tiga bulan, manakala 5.0 peratus adalah penganggur jangka panjang melebihi setahun.

“Penganggur tidak aktif yang percaya tiada pekerjaan tersedia bertambah kepada 105,100 orang. Kadar pengangguran belia berumur 15 hingga 24 tahun kekal pada 10.1 peratus, dengan 297,600 belia menganggur pada Oktober 2025.

“Prospek pasaran buruh Malaysia pada bulan-bulan yang akan datang dilihat akan terus positif dan berdaya tahan, disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang sederhana, pelaburan strategik, serta pembangunan modal insan,” katanya.

Related Posts

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Oleh: Alif Abd Aziz SEKIJANG, 19 April 2026 – Kerajaan terus komited memperkukuh kefahaman rakyat terhadap isu krisis tenaga global menerusi pendekatan komunikasi bersemuka yang lebih menyeluruh dan berkesan. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah