JS-SEZ jadi penanda aras ekonomi serantau – PMX

JOHOR BAHRU – Kewujudan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) dilihat mampu menjadi penanda aras baharu terhadap jalinan kerjasama rentas sempadan bagi perkongsian ekonomi dua hala.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehingga kini, JS-SEZ terus mendapat perhatian beberapa negara luar antaranya Jepun, China, Korea dan Eropah sekaligus menjadikannya sebagai pelaburan global baharu yang dinamik.

“Jangan memandang rendah kepentingan JS-SEZ. Ini bukan SEZ biasa dan telah menarik minat pelabur-pelabur dari Jepun, China, Korea Selatan dan Eropah serta meletakkannya sebagai dinamo pelaburan global baharu.

“Namakan saya satu lagi zon ekonomi yang melibatkan dua negara, dibina sepenuhnya atas kepercayaan dan semangat bekerja sebagai satu pasukan yang hebat. Ini yang membuatkan JS-SEZ unik,” katanya ketika berucap menutup Forum Nikkei Medini Johor di Sunway Bigbox di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri, Lee Ting Han dan Duta Jepun ke Malaysia, Noriyuki Shikata.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kemajuan JS-SEZ adalah bersandarkan kepada dasar yang jelas, kestabilan politik dan sokongan institusi daripada pihak berkuasa Persekutuan dan negeri.

Katanya, ini termasuk Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (IMFC) yang baru ditubuhkan dengan peranan mempunyai pelbagai perkhidmatan memudahkan dan mempercepatkan prosedur kelulusan pelaburan.

“Setiap mesyuarat membawa tuntutan baharu. Jika mereka tidak mendapat kelulusan di peringkat negeri, mereka datang kepada kami. Dan kami memudah cara, bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk kebaikan dan manfaat lebih besar.

“Sebab itu pusat ini menjadi contoh untuk diikuti agensi negeri dan Persekutuan,” katanya.

Menurut Anwar, kejayaan inisiatif tersebut adalah hasil komitmen tinggi semua pihak terlibat termasuk agensi kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Johor serta kerajaan Singapura.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat