10 sekolah terbaik dunia, PM ucap tahniah SK Putrajaya Presint 11(1)

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada warga pendidik dan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11(1) yang tersenarai sebagai salah satu daripada 10 finalis utama Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2025.

Menerusi hantaran di platform X, Perdana Menteri menyifatkan kejayaan sekolah itu sebagai satu inspirasi kepada masyarakat.

“Tahniah buat warga pendidik dan anak-anak SK Putrajaya Presint 11(1) atas pengiktirafan ini. Usaha dan dedikasi kalian menjadi inspirasi kepada semua,” katanya.

SK Putrajaya Presint 11(1) dilaporkan terpilih dalam kategori Supporting Healthy Lives (Menyokong Kehidupan Sihat) hasil inisiatif mereka memperkenalkan aplikasi mudah alih HELPIE yang memfokuskan kepada kesihatan mental dan kesejahteraan hidup.

Menurut penganjur, T4 Education, inisiatif berkenaan bukan sahaja memperkasa kesedaran tentang kesihatan mental, malah berjaya meruntuhkan stigma dalam kalangan murid dan komuniti sekolah menjadikannya antara amalan terbaik yang diiktiraf di peringkat global.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat