JPS aktifkan pam air bergerak atasi banjir termenung

BATU PAHAT – Ekoran situasi banjir termenung yang melanda beberapa kawasan di daerah ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini mengaktifkan pam air bergerak di kawasan terjejas banjir.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus dilaporkan berkata, kaedah itu berupaya mengeluarkan air bertakung, sekali gus mengurangkan banjir termenung.

“Pam bergerak ini akan ditempatkan di kawasan-kawasan yang dilaporkan mengalami banjir bertakung berkenaan.

“Berdasarkan rekod JPS setakat 26 Mac lalu, sebanyak 57 pam bergerak sudah ditempatkan di lapan daerah di Johor membabitkan Segamat, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Khairul Shahril berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 26 pam bergerak adalah milik JPS Johor, manakala 24 daripadanya adalah milik JPS Malaysia dan bakinya milik NADMA.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, situasi banjir di daerah ini menyaksikan sedikit peningkatan apabila seramai 326 mangsa banjir hari ini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading.

Angka itu meningkat berbanding 285 orang yang ditempatkan di PPS sama semalam.

Related Posts

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

MELAKA – Lima kenderaan mewah bernilai kira-kira RM2.2 juta disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas lesen kenderaan motor tamat tempoh, selain tiada perlindungan insurans sah. Semua kereta membabitkan Toyota…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

KOTA KINABALU – Program Autism Fun Run 2026 yang julung kali diadakan di Stadium Universiti Malaysia Sabah bukan sekadar acara santai komuniti, sebaliknya menjadi simbol kebangkitan kesedaran awam terhadap jurang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0

  • By Ynom
  • April 20, 2026
320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina