Johor ungguli KDNK 2024

JOHOR BAHRU- Johor berjaya menjadi negeri penyumbang tertinggi bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 dengan mencatatkan nilai 6.4 peratus mengatasi purata nasional 5.1 peratus.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan hari ini berkata, nilai KDNK Johor mencecah RM158.0 bilion pada tahun lalu berikutan kedudukan strategik di selatan Semenanjung.

“Kelebihan ini meningkatkan jaringan infrastruktur moden, pelabuhan bertaraf antarabangsa serta kawasan perindustrian yang luas dan berdaya saing.

“Malah, perkembangan pesat pembangunan pusat data di negeri itu menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi, khususnya dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan.

“Sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 6.0 peratus yang didorong oleh pelaburan berskala besar dalam pusat data,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, peningkatan memberangsangkan dapat dilihat dalam subsektor kewangan dan insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan yang berkembang 8.7 peratus.

“Di samping itu, prestasi kukuh dalam subsektor utiliti, pengangkutan dan penyimpanan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang mencatat pertumbuhan 6.0 peratus.

“Sektor pembinaan di Johor melonjak 42.7 peratus pada 2024, didorong oleh projek-projek pembinaan bangunan dan kejuruteraan awam termasuk pencawang kuasa, sistem penyejukan canggih serta rangkaian fiber optik berkapasiti tinggi.

“Pembangunan infrastruktur digital ini turut menyokong sektor pembuatan yang meningkat 4.2 peratus, dipacu oleh produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka, serta produk elektrik, elektronik dan optikal yang masing-masing berkembang 7.1 peratus dan 1.9 peratus,” menurut kenyataan itu.

Dalam sektor pertanian, Johor merupakan pengeluar utama hasil pertanian negara dengan menyumbang sebanyak 17.3 peratus kepada KDNK pertanian Malaysia pada 2024.

Ia berkata sektor pertanian di negeri itu turut berkembang, pulih kepada 4.2 peratus daripada penyusutan 1.3 peratus pada tahun sebelumnya, dipacu oleh pengeluaran kelapa sawit yang lebih tinggi.

“Peningkatan ini turut merangsang prestasi produk minyak dan lemak daripada sayuran dan haiwan, dan pemprosesan makanan yang meningkat 6.7 peratus, sekali gus mendorong kepada pertumbuhan sektor pembuatan,” katanya.

Pada 2023, Johor mencatat pertumbuhan 4.1 peratus dengan KDNK bernilai RM148.6 bilion.
Prestasi cemerlang ini mengukuhkan kedudukan Johor sebagai negeri yang menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.

Related Posts

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

TENOM – Mahkamah hari ini memerintahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew, membela diri terhadap kesemua 11 pertuduhan selepas mendapati wujudnya kes prima facie terhadapnya.‎‎Peguam bela, Datuk Ram Singh berkata, keputusan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

MIRI – Biarpun berdepan pelbagai cabaran termasuk peningkatan kos operasi dan persaingan sengit, seorang pengusaha kedai bunga di sini membuktikan kecekalannya apabila berjaya mengekalkan kelangsungan perniagaan yang dibina sejak 28…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia