90 jemaah haji Tawau selamat tiba pagi Selasa

TAWAU – Seramai 90 jemaah haji kumpulan pertama Tawau selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau kira-kira pukul 7.15 pagi pada Selasa dengan menaiki pesawat Airasia dari Kota Kinabalu.

Ketibaan para jemaah haji disambut dan diraikan Pengurus Cawangan Tabung Haji (TH) Tawau, Ajmal Junaidi.

Ajmal berkata, kumpulan jemaah dari Tawau itu tiba di ibu negara pada Ahad dari Madinah sebelum berlepas ke Kota Kinabalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi Selasa.

“Seorang jemaah haji Sabah berasal dari Tawau yang meninggal dunia di Tanah Suci sebelum ini telah disantuni petugas TH Sabah.

“Tiga lagi penerbangan membawa jemaah haji akan tiba ke Tawau yang berakhir Rabu ini,” katanya kepada media di Tawau.

Sebelum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, kesemua jemaah haji terbabit diberi taklimat oleh pihak TH dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Related Posts

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

TENOM – Mahkamah hari ini memerintahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew, membela diri terhadap kesemua 11 pertuduhan selepas mendapati wujudnya kes prima facie terhadapnya.‎‎Peguam bela, Datuk Ram Singh berkata, keputusan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan, swasta disaran sedia peluang pekerjaan khusus kemahiran

TAWAU – Satu inisiatif menyeluruh daripada kerajaan termasuk penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta digesa menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan terutamanya dalam bidang kemahiran. Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia