Jemaah umrah dianiaya, MOTAC ambil tindakan tegas

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak akan berkompromi dan bakal mengenakan tindakan tegas terhadap sebuah agensi pelancongan susulan insiden 36 jemaah umrah Malaysia yang terkandas di Madinah, baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kegagalan agensi terbabit menyediakan kemudahan penginapan dan tiket penerbangan pulang seperti yang dijanjikan adalah satu penganiayaan, apatah lagi ia melibatkan golongan warga emas dan kanak-kanak.

Menurutnya, kesemua mangsa telah melunaskan bayaran penuh pakej yang bernilai RM7,600 seorang.

“Saya telah menerima laporan berhubung kejadian ini melalui Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh. Syukur, kesemua jemaah telah selamat tiba di tanah air menerusi Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6 Januari lalu.

“Namun, insiden ini jelas menunjukkan masih ada agensi pelancongan yang gagal melunaskan tanggungjawab dan amanah mereka terhadap kebajikan jemaah umrah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, King Sing berkata, MOTAC akan mempercepatkan pelaksanaan syarat jaminan bank bagi memastikan wang jemaah dilindungi sekiranya berlaku kes penipuan atau kecuaian sebegini pada masa hadapan.

Jelas beliau, hasil siasatan awal mendapati premis syarikat berkenaan sudah tidak lagi beroperasi.

Malah katanya, terdapat beberapa pelanggaran serius yang dikenal pasti di bawah Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992.

“Susulan itu, MOTAC kini sedang dalam proses memuktamadkan cadangan pembatalan lesen syarikat tersebut. Kebajikan jemaah sentiasa menjadi keutamaan MOTAC dan tindakan tegas akan diteruskan bagi membendung perkara ini daripada berulang,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menyemak status lesen mana-mana agensi pelancongan sebelum membuat pembayaran dan segera melaporkan sebarang unsur penyelewengan kepada pihak berkuasa.

Related Posts

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KUANTAN – Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk memperluas inisiatif Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) dengan penambahan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh sekolah lagi tahun hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

PUTRAJAYA – Cadangan pemberian subsidi minyak kepada pusat kebajikan wajar dipertimbangkan bagi membantu melancarkan operasi harian institusi berkenaan. Perkara ini dilihat susulan peningkatan kos bahan api sejak kebelakangan ini yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi