Jemaah haji Malaysia pertama meninggal dunia

KOTA KINABALU – Seorang jemaah haji Malaysia disahkan meninggal dunia di Mekah, Arab Saudi pada Jumaat akibat serangan jantung.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar, Allahyarhamah Norizah Tambonan, 47, yang berasal dari Batu Pahat Johor itu meninggal dunia di Hospital Jiwar, Makkah.

“Saya difahamkan Allahyarhamah ini tidak sempat untuk menunaikan umrah wajib beliau berada di dalam Masjid Al-Haram, diserang sakit jantung ketika berada di dalam Masjid Al-Haram Kemudian dibawa ke klinik berdekatan seterusnya ke Hospital Jiwar dan telah menghembuskan nafas terakhir di hospital tersebut.

“Jadi saya bersama seluruh warga Tabung Haji dan Kerajaan merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah.

“Pusat Maklumat Operasi Makkah juga telah memaklumkan kematian kepada waris di tanah air dan menguruskan segala keperluan termasuk urusan pengebumian di Tanah Suci.

“Bagi pihak Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tuan Mustaqim telah menziarahi keluarga Allahyarhamah di Batu Pahat pagi tadi untuk menyampaikan ucapan takziah dan telah menyerahkan sumbangan awal sebanyak RM1,500,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Pelepasan Jemaah Haji Sabah, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Na’im berkata, Allahyarhamah telah melanggan dua polisi takaful sebelum menunaikan ibadah haji.

“Jumlah takaful yang akan diperolehi oleh keluarga Allahyarhamah ini adalah sebanyak RM48,000 hasil daripada langgan dua polisi pelan perlindungan khairat tabung haji.

“Sebagai perlindungan kepada jemaah haji dan juga waris-waris sekiranya berlaku ditakdirkan Allah SWT jemaah haji ini terkena musibah, kematian dan sebagainya.

“Jadi dengan adanya perlindungan takaful ini sekurangnya dapat memberikan sedikit bantuan kepada waris-waris mangsa,” katanya.

Tambahnya, tabung haji juga akan melaksanakan ibadah badal haji bagi pihak Allahyarhamah bagi memastikan tanggungjawab ibadahnya tetap terlaksana meskipun telah dijemput Ilahi.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis