28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Susan terus ‘mekar’

MIRI – Biarpun berdepan pelbagai cabaran termasuk peningkatan kos operasi dan persaingan sengit, seorang pengusaha kedai bunga di sini membuktikan kecekalannya apabila berjaya mengekalkan kelangsungan perniagaan yang dibina sejak 28 tahun lalu.

Pengusaha berkenaan, Susan, 54, berkata, kejayaan bertahan dalam industri yang kompetitif itu didorong oleh keupayaannya untuk terus memenuhi permintaan tinggi pelanggan yang memerlukan bekalan bunga segar bagi majlis perkahwinan dan acara rasmi.

Menurutnya, perniagaan tersebut turut berdepan risiko kerosakan bunga segar, namun ia berjaya diatasi melalui pengalaman dan pengurusan yang cekap.

“Walaupun banyak cabaran, saya bersyukur kerana masih mampu bertahan dan memenuhi tempahan pelanggan.

“Ini semua hasil daripada pengurusan yang lebih terancang dan pengalaman yang saya peroleh selama ini,” katanya.

Bagi memastikan operasi perniagaannya terus relevan, Susan mengambil pendekatan strategik dengan melakukan pembelian secara pukal serta menyusun pengurusan stok yang lebih sistematik.

Manfaat kemudahan media sosial

Tambahnya, kemudahan media sosial turut dimanfaatkan sepenuhnya sebagai platform pemasaran bagi melonjakkan kecekapan operasi dan meluaskan capaian pasaran pelanggan baharu.

Beliau berharap pencapaiannya itu dapat menjadi inspirasi kepada usahawan kecil lain, sekali gus membuktikan industri bunga masih mempunyai potensi besar untuk berkembang jika disusuli dengan strategi berdaya saing.

Dalam perkembangan sama, Susan turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan MADANI atas usaha mengekalkan subsidi petrol serta pemberian bantuan tunai RM100.

Jelasnya, inisiatif tersebut sedikit sebanyak membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

“Saya amat berharap ada sokongan berterusan daripada pihak berkaitan, khususnya bagi membantu usahawan kecil mengurangkan kos operasi dan memperkukuh rantaian bekalan agar perniagaan seperti kami dapat terus berdaya saing,” ujarnya.

Related Posts

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

PUTRAJAYA – Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan dengan aktiviti domestik kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan biarpun berdepan persekitaran global yang mencabar dan tidak menentu. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Madu kelulut pemuda Miri tembusi pasaran antarabangsa, raih pengiktirafan digital

MIRI – Usaha gigih seorang usahawan muda tempatan memanfaat platform perniagaan digital membuahkan hasil apabila produk madu kelulut yang diusahakannya kini berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Rangkul pelbagai pengiktirafan Lebih membanggakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Susan terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Susan terus ‘mekar’

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

Kerajaan, swasta disaran sedia peluang pekerjaan khusus kemahiran

Kerajaan, swasta disaran sedia peluang pekerjaan khusus kemahiran

Masjid Lesung Batu dijangka siap Ogos, tampung keperluan komuniti

Masjid Lesung Batu dijangka siap Ogos, tampung keperluan komuniti