Jangan samakan UMNO dengan pembangkang, Bersatu dan Pas gemar ‘main wayang’

TINDAKAN menyamakan UMNO dengan Pas dan Bersatu dalam isu Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan tuduhan yang naif dan bercanggah dari fakta.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, perbandingan itu juga tidak wajar sama sekali kerana perjuangan UMNO dalam isu itu adalah ‘solid’, berbanding Pas dan Bersatu yang disifatkan ‘suka main wayang’ demi meraih kepentingan.

Menurutnya, tidak timbul isu parti itu lepas tangan atau menyalahkan pihak lain dalam isu Titah Adendum melibatkan Najib memandangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sendiri mengemukakan afidavit Titah Adendum masing-masing pada April dan Mei tahun lalu.

“UMNO juga akan meneruskan pembelaan kepada Najib melalui proses Perlembagaan dan akan kekal dengan pendekatan tegas, tetapi berhemah.

“Kenapa Pas dan Bersatu membisu. Kenapa sekarang baru menyalak? Sebab itu tindakan UMNO menarik sokongan terhadap Muhyidin adalah sebahagian strategi membela Najib,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sebuah artikel yang disiarkan menerusi sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang antara lain menyimpulkan Pas sebagai pemenang manakala UMNO adalah pihak yang kalah.

Laporan itu mendakwa, ini ekoran kononnya berpunca disebabkan tindakan parti itu membatalkan perhimpunan solidariti buat Najib di Istana Kehakiman Putrajaya, Isnin lalu.

Sementara itu, Mohd Puad turut menyifatkan tidak timbul isu kononnya Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh `hero’ dalam isu Titah Adendum apabila membuat keputusan untuk menyertai himpunan solidariti buat Najib.

“Ini kerana, UMNO tidak pernah menghalang mana-mana ahli atau pemimpin parti itu menghadiri perbicaraan melibatkan Najib di mahkamah.

“(Muhamad) Akmal bukan hadir perhimpunan. Dia sendiri melarang Pergerakan Pemuda hadir perhimpunan seperti dirancang. Tidak timbul UMNO rasa malu. UMNO mengambil tindakan taktikal,” katanya.

Malah, jelasnya, Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sendiri sudah beberapa kali ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada Najib.

“Sebenarnya UMNO “the winner”. Ahli UMNO solid ikut arahan parti. UMNO akur nasihat YDP Agong. Afidavit Zahid, Wan Rosdy dan Nizar (Datuk Mohamad Nizari Najib) bukan “hearsay”.

“Akhirnya mahkamah putus Titah Adendum wujud,” katanya.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

LAHAD DATU – Masalah bekalan air sejak sekian lama yang dihadapi penduduk Kampung (Kg) Ulu Segama, di sini, akhirnya mendapat perhatian slepas 80 unit tangki biru disalurkan PKR Cabang Lahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang