‘Jangan kongsi aktiviti peribadi di media sosial waktu BDR’

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengingatkan warganya yang melaksanakan tugasan bekerja dari rumah (BDR) supaya tidak berkongsi aktiviti peribadi di media sosial sepanjang waktu bekerja.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Awang Alik Jeman berkata, sebarang perkongsian yang boleh ditafsirkan sebagai mengabaikan tanggungjawab kerja boleh mengundang tindakan tegas.

Menurut beliau, kakitangan perlu lebih berhemah dan tidak memuat naik kandungan seperti aktiviti riadah atau urusan peribadi ketika waktu bertugas.

“Dalam masa sama, kalau ada yang dapat kemudahan BDR, janganlah pula muat naik gambar-gambar ataupun hantaran di media sosial, yang boleh disifatkan sebagai kita ponteng kerja.

“Muat naik (gambar) tengah bermain badminton, muat naik tengah jalan-jalan di pusat beli belah dan sebagainya. Yang ini, tolong elakkan supaya tidak perlulah nak muat naik apa-apa yang agak sensitif dalam FB (Facebook) kita ataupun mana-mana media sosial.

“Sebab kalau ini berlaku, saya beritahu terus terang, tindakan akan diambil, jadi jangan. Saya dah beritahu awal, jangan ambil perkara yang memudaratkan diri sendiri,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi negeri yang menjadikan Ahad sebagai Hari Kelepasan Mingguan (HKM), pelaksanaan BDR ditetapkan pada Selasa hingga Khamis.

Katanya, bagi negeri yang menjadikan Jumaat sebagai HKM iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, pelaksanaan BDR pula ditetapkan pada Isnin hingga Rabu.

Awang Alik turut menegaskan bahawa warga KDN perlu terus mengekalkan tahap prestasi kerja dan memastikan setiap sasaran yang ditetapkan dapat dicapai walaupun bekerja dari rumah.

Menurutnya, kemudahan BDR tidak seharusnya dijadikan alasan untuk gagal memenuhi petunjuk prestasi yang ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan beberapa agensi penguatkuasaan di bawah KDN tidak terlibat dengan pelaksanaan BDR, antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Sementara itu, sebelum ini Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dilaporkan menegaskan bahawa ketua jabatan perlu memastikan setiap penjawat awam yang melaksanakan dasar BDR mematuhi peraturan dan prosedur ditetapkan selain mencapai petunjuk prestasi utama (KPI).

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori