Anwar mahu projek Kolej Matrikulasi Terengganu disegerakan

MARANG – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu di Bukit Payong di sini dengan peruntukan awal sebanyak RM27 juta disegerakan bagi mewujudkan peluang pendidikan lebih luas.

Perdana Menteri berkata, langkah itu juga penting bagi memastikan kemudahan pendidikan berkenaan dapat dimanfaatkan pelajar secepat mungkin, selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh akses kepada pendidikan berkualiti di seluruh negara.

“Yang memohon dari Terengganu ke program matrikulasi, sudah melebihi 7,000 orang. Malah, dari segi ruang pendidikan matrikulasi belum ada di negeri ini, jadi maknanya keperluan kolej ini tak boleh dipertikaikan.

“Projek ini walaupun bermula dengan RM27 juta, tetapi bila siap kelak, projek ini besar (manfaatnya) kalau kita boleh segerakan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Kolej Matrikulasi Terengganu menerima peruntukan awal sebanyak RM27 juta dan akan mempunyai kapasiti sehingga 3,000 pelajar serta dilengkapi kemudakan makmal moden, asrama pelajar selain kemudahan akademik lengkap.

Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan juga akan menumpukan kepada pelaksanaan program dan projek pendidikan yang boleh menjamin masa depan golongan muda.

Beliau berkata, Jemaah Menteri bulan lepas turut memutuskan pelajar yang mendapat 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini, secara automatik diberikan ruang untuk pendidikan lebih tinggi, misalnya di kolej matrikulasi.

Anwar berkata, dalam masa yang sama kuota kemasukan 90 peratus bagi pelajar Bumiputera dikekalkan.

“Jadi, dalam hal ini yang paling pintar anak orang kaya di bandar tidak disisihkan, 90 peratus kuota (pelajar Bumiputera) dikekalkan supaya jangan berlaku kesenjangan yang terus melebar di antara golongan kaya dan miskin,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut menasihatkan golongan muda supaya mempertingkatkan pendidikan dalam penyelidikan dan sains serta teknologi dengan mencontohi keupayaan Iran dalam bidang itu sehingga mampu mendepani ancaman.

“Pengajaran daripadanya, iaitu kekuatan perpaduan masyarakat Iran dan mutu pendidikan, penyelidikan, sains dan teknologi yang diberi penekanan sehingga mereka boleh bertahan tatkala diserang oleh kekuatan ekonomi dan ketenteraan terbesar di dunia, Amerika Syarikat dengan sekutunya Israel,” katanya.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori