Jangan jadikan siasatan GISBH sebagai modal politik murahan

PUTRAJAYA – Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap GISB Holdings (GISBH) tidak seharusnya dijadikan modal politik atau bahan sorakan oleh golongan pentaksub agama, khsususnya di kalangan pemimpin Pas.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, sebaliknya, ia perlu dihormati dan diambil pengajaran, selain negeri Pahang, Terengganu dan Perlis telah mengeluarkan fatwa bahawa GISBH adalah sesat.

“Semua nak pertikai seolah-olah puak mereka ini ‘holier than thou’ (lebih suci daripada orang lain) sangat. Semua dianggap konspirasi dan modal politik belaka tak kira waktu atau kes dengan alasan atas nama ekonomi Islam dan Melayu.

“Setelah Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) atau fatwa dari Selangor pun dikeluarkan, mereka tetap pertikai yang membuktikan mereka jenis tidak menghormati Ketua Agama Islam negara dan di negeri-negeri,” katanya kepada The Malaysia Press, hari ini.

Sehubungan itu, Muhammad Faiz yang juga ahli PKR berkata, tidak menjadi suatu perkara pelik sekiranya Pas, yang berjuang atas nama Melayu dan Islam sanggup berpihak kepada Israel sekiranya negara haram itu mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kelantangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam memberi sokongan kepada Palestin.

“Barangkali jika Zionis usaha mahu jatuhkan PMX pun mereka rela berpihak dengan Zionis, asalkan matlamat politik mereka tercapai untuk berkuasa dan terus menyakau di negara ini, paling tidak pun jadi Duta Khas ke Timur Tengah makan gaji buta.

“Kelompok inilah Khawarij moden dalam negara kita hari ini. Dan mereka ini wajar diperangi dengan tegas dalam semua sektor dan platform termasuk di media sosial serta yang masih bertenggek dalam perkhidmatan awam kerana ada yang jenis tidak mahu sambut salam menteri pun,” katanya.

Terdahulu, walaupun Pas mengalu-alukan siasatan yang telus, terperinci dan profesional ke atas pelbagai dakwaan terhadap GISBH namun dibuat secara cermat dan teliti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keghairahan untuk menghukum tidak seharusnya memberi kesan buruk ke atas kumpulan itu secara keseluruhan, terutama sekali ahli-ahlinya yang tidak bersalah atau aspek aktiviti GISB yang sah, patuh undang-undang dan bermanfaat.

“Dalam hal ini, Pas percaya sisi-sisi positif kumpulan ini termasuk jaringan perniagaannya yang luas, hendaklah dipelihara dan dilindungi daripada tindakan terburu-buru dan tidak adil.

“Ia berkemungkinan berpunca daripada sentimen melulu, prasangka, persaingan perniagaan atau agenda politik tertentu pihak yang mahu menangguk di air keruh,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan seramai 127 individu dipercayai ahli GISBH ditahan polis setakat ini menerusi Op Global.

Katanya, daripada jumlah itu 34 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma).

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

PUTRAJAYA – Sistem pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian mencatat sambutan menggalakkan apabila seramai 3,716 ahli baharu berjaya direkodkan dalam tempoh kurang 24 jam sejak dilancarkan. Berdasarkan data dikongsi Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran