Jadual tarif elektrik baharu cerminan reformasi sektor tenaga negara – Fahmi

PELAKSANAAN jadual tarif elektrik baharu yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2025 dianggap sebagai tanda jelas komitmen kerajaan dalam melaksanakan reformasi menyeluruh dalam sektor tenaga negara, kata Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, langkah tersebut adalah selaras dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang bertujuan meningkatkan penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) serta mengurangkan pelepasan karbon menjelang tahun 2050.

“Di bawah jadual tarif baharu ini, sebanyak 85 peratus pengguna domestik pemilik akaun dijangka terus menikmati kadar elektrik yang sama atau lebih rendah, sekiranya penggunaan tidak melebihi 1,000 kilowatt jam sebulan bermula 1 Julai 2025.

“Inilah antara reformasi besar yang sedang digerakkan secara bersepadu oleh kerajaan bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ini membuktikan bahawa dalam membawa pembaharuan, manfaat kepada rakyat masih menjadi keutamaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kita MADANI peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di IWK Eco Park, Pantai Dalam, di ibu negara pada Ahad.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Puan Julina Johan.

Pada Jumaat lalu, ST mengumumkan bahawa lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati struktur tarif elektrik yang lebih adil dan progresif melalui pelaksanaan jadual tarif baharu yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Menurut suruhanjaya itu, pelaksanaan tarif tersebut akan berkuat kuasa dari 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027 berdasarkan kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), sejajar dengan peruntukan di bawah Seksyen 26, Akta Bekalan Elektrik 1990.

Perubahan yang melibatkan Tempoh Regulatori Keempat (RP4) ini merangkumi penstrukturan semula tiga komponen utama, iaitu kadar purata tarif asas, jadual tarif elektrik baharu, dan mekanisme pelarasan kos bahan api.

Kadar purata tarif asas bagi tempoh RP4 ditentukan berdasarkan anggaran kos pembekalan elektrik dan ditetapkan pada kadar 45.40 sen/kWj, berbanding 45.62 sen/kWj yang diluluskan pada Disember 2024. Ini menjadikan purata kos keseluruhan tarif elektrik berkurangan sehingga 19 peratus berbanding tempoh RP3.

Terdahulu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut merasmikan Karnival Kita MADANI yang bertujuan merapatkan hubungan antara masyarakat dengan pelbagai perkhidmatan kerajaan melalui pendekatan santai yang menyampaikan isu semasa, dasar serta inisiatif kerajaan di bawah konsep Malaysia MADANI.

Antara pengisian karnival tersebut termasuk Jualan Rahmah dan Agro MADANI, pertandingan sukan rakyat dan aktiviti kanak-kanak, serta pameran melibatkan 21 agensi kerajaan, termasuk penyediaan kaunter bayaran saman trafik dan pembaharuan lesen memandu.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi