Isytihar harta penjawat awam, wakil rakyat tidak harus dijadikan isu

KUALA LUMPUR – Cadangan daripada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang menyarankan agar mewajibkan pengisytiharan aset kepada wakil rakyat dan penjawat awam hanyalah pandangan peribadi.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, seharusnya perkara itu tidak dijadikan naratif bagi menghentam kerajaan berikutan sudah ramai Ahli Parlimen yang telah membuat pengisytiharan harta.

“Ramai Ahli Parlimen dah isytihar, saya sendiri telah pun lakukan dan ia tidak (sepatutnya) menjadi isu. Perbincangan mungkin dalam konteks apa dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Subang berkaitan penjawat awam.

“Itu pandangan dari beliau dan setiap Ahli Parlimen bebas untuk bersuara, menyampaikan pandangan. Mantan Ahli Parlimen Bangi (berhubung isu tersebut) hanyalah pandangan beliau,” katanya kepada media ketika ditemui selepas Program Jelajah Peduli Ummah, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Subang Wong Chen berpandangan terdapat keperluan buat kerajaan kerajaan persekutuan mewajibkan pengisytiharan aset bagi wakil rakyat.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan hakim dan anggota perkhidmatan awam, termasuk ketua setiausaha kementerian dan timbalan masing-masing, mengisytiharkan harta bagi meningkatkan ketelusan dan memupuk keyakinan.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming mempersoalkan cadangan tersebut untuk mewajibkan penjawat awam mengisytiharkan harta terlebih dahulu sebelum melaksanakannya kepada ahli politik.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Abdul Rahman Mohd Nordin menegaskan, penjawat awam diwajibkan mengisytiharkan harta setiap lima tahun sekali dan akan diteruskan bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang ketika ini mengutamakan prestasi perkhidmatan pekerja.

Jelasnya, bahagian undang-undang setiap agensi akan memantau proses pengisytiharan itu

Kerajaan sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk memperkenalkan pengisytiharan aset bagi ahli Parlimen dan pegawai pentadbiran.

Pada Mac, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata, format pengisytiharan telah dimuktamadkan dan sedia untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan. Bagaimanapun sejak itu, tiada perkembangan terkini mengenainya.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO