Kebijasanaan MB Johor, PMX mampu lakar lebih banyak kejayaan

JOHOR BAHRU – “The stars have finally aligned in Johor‘s favour,” (bintang-bintang akhirnya bersatu demi kemakmuran Johor). Demikian bait kata dilontarkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada pembentangan Belanjawan Johor 2025 baru-baru ini.

Walaupun ringkas, namun perumpamaan itu amat bermakna. Johor merupakan antara negeri yang boleh dicontohi khususnya melibatkan arena politik.

Pergelutan tidak terkecuali, namun kebijaksanaan pemimpin di peringkat atasan akhirnya berjaya menyelesaikan konflik dan mendamaikan semua pihak.

Mengulas mengenai perkara itu, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, negeri ini mempunyai kekuatan tersendiri baik daripada segi ekonomi dan kestabilan politik yang mana ia haruslah dihormati dan diraikan secara bersama.

Menurut beliau, seperti dijelaskan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebelum ini, parti mereka tidak pernah meminta Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor.

“Bagi DAP, Kerajaan Johor sekarang ini yang ditubuhkan pada Mac 2022, iaitu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) November 2022 perlu terus kekal. Sebagai pihak pengimbang, DAP menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota pada September lalu telah membuktikan kejayaan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Johor. Jika kita dapat menemui satu formula yang baik untuk negeri ini, ia akan membuktikan bahawa Johor mampu menjadi asas kepada kestabilan negara,” katanya kepada The Malaysia Press.

Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu lagi, jika digabungkan semua kerusi dimenangi oleh PH dan BN pada PRU15, Kerajaan Perpaduan sebenarnya telah memenangi 24 daripada kesemua 26 kerusi Parlimen di Johor.

“Kalau keputusan ini boleh diulangi, Johor akan menjadi asas kestabilan seluruh negara. Johor juga bakal berkembang paling maju jika berada di atas landasan yang betul, dan sekarang pun ekonomi Johor sedang menjadi perhatian dunia.

“Selain itu, jika barisan pemimpin berjaya melaksanakan apa yang telah dirancang dengan baik dan tepat, saya percaya Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini mampu membawa Lonjakan Kedua Ekonomi untuk Malaysia, dan berkemungkinan akan bermula satu sistem politik baru.

“Tahniah atas kepimpinan Menteri Johor serta pasukannya, termasuklah Perdana Menteri, pimpinan persekutuan dan semua agensi.

“Peluang keemasan untuk menjadikan Johor sebuah negeri yang hebat dan Malaysia sebuah negara gemilang hanya datang sekali dalam satu generasi. Sebagai rakyat negeri, rebutlah peluang keemasan ini,” katanya.

Related Posts

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri