Isu tarif AS tumpuan Parlimen esok

PUTRAJAYA – Tumpuan terarah pada sidang khas Palimen yang bermula esok bagi membincangkan tarif timbal balik mengejut oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia yang mencetuskan kebimbangan kerajaan dan pemain industri.

Sesi kali ini dijangka menampilkan perbahasan menyeluruh apabila penggubal undang-undang mempertimbangkan implikasi keputusan AS itu serta pilihan diplomatik dan ekonomi yang akan diambil Malaysia.

Tarif itu diumumkan Presiden AS, Donald Trump pada 2 April lalu, merangkumi tarif asas 10 peratus ke atas semua negara dan levi tambahan sebanyak 24 peratus ke atas eksport barangan Malaysia.

Langkah itu dilaporkan sebahagian usaha AS untuk menyelaras semula hubungan perdagangan dan menangani defisit perdagangan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengetuai delegasi peringkat tinggi ke Washington pada 24 April lalu untuk mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer.

Dalam pertemuan itu, Tengku Zafrul menekankan kepentingan mengadakan perbincangan berterusan serta mengulangi kesediaan Malaysia mencari jalan penyelesaian secara membina terhadap kebimbangan disuarakan AS.

“Pertemuan pertama dengan Setiausaha Perdagangan AS dan Wakil Perdagangan AS ini adalah satu langkah ke arah hala tuju yang betul.

“Kita akan terus mengekalkan momentum dengan mengadakan pertemuan susulan segera mengenai beberapa isu utama yang dibincangkan dalam tempoh 90 hari penangguhan tarif,” kata Tengku Zafrul dalam satu kenyataan pada 25 April.

Beliau juga mengalu-alukan keputusan penangguhan pelaksanaan tarif oleh AS yang disifatkannya sebagai “peluang” untuk menyelesaikan perkara itu secara diplomatik.

Related Posts

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan had umur 16 tahun bagi pembukaan akaun media…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

KUALA LUMPUR – Permohonan untuk mengekalkan kuota 300 liter BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi pengamal media akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Selasa ini untuk pertimbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang