Isu pencemaran bau: KPM sentiasa berwaspada

KLUANG – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berwaspada terhadap perubahan berkaitan isu pencemaran kimia bagi memastikan keselamatan daoam kalangan pelajar dan guru.

Menterinya, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, pemantauan dari semasa ke semasa akan dilakukan termasuklah keputusan untuk menutup sekolah atau menghadkan aktiviti luar sekiranya perlu.

“Bagaimanapun, keputusan seumpama itu akan dibuat setelah mendapat pandangan serta nasihat daripada agensi terlibat terutama Kementerian Kesihatan (KKM).

“Dalam masa sama, pihak pentadbir sekolah mesti mematuhi dan mengambil langkah yang digariskan dalam garis panduan yang disediakan KPM, khususnya ketika menghadapi isu pencemaran,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari TVET peringkat kebangsaan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin.

Selasa lalu, beberapa kawasan di bandar raya Johor Bahru dilanda pencemaran bau kimia yang menyebabkan penduduk khususnya di Kampung Melayu Pandan merasa loya dan pening.

Situasi sama turut dilaporkan berlaku di tiga taman perumahan di Johor Bahru iaitu Taman Daya, Mount Austin dan Taman Istimewa.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor mengesan tahap gas ammonia yang luar biasa tinggi di Sungai Pandan dan kawasan sekitar Kampung Melayu Pandan pada Rabu.

Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang dilaporkan pada Rabu turut mengarahkan semua sekolah di bandar ini menangguhkan aktiviti luar sebagai langkah berjaga-jaga susulan bacaan gas ammonia tinggi di sekitar Sungai Pandan di Kampung Melayu Pandan.

Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, notis yang dikeluarkan itu sebagai langkah berjaga-jaga yang diambil untuk meningkatkan kewaspadaan.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM