‘Isu air lama dah lama berlaku, sejak zaman Tuan Ibrahim jadi menteri’

NIBONG TEBAL – Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli tampil ‘memulangkan paku buah keras’ kepada Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man selepas Perikatan Nasional (PN) terlalu rancak memfitnah serta menghentam kerajaan persekutuan dengan isu air sebagai naratif kempennya.

Rafizi mempersoalkan tindakan Timbalan Presiden PAS itu sebelum ini yang mengabaikan masalah itu ketika menjadi Menteri Air dan Alam Sekitar ketika PN mentadbir negara selama 33 bulan mengabaikan masalah air di Sungai Bakap.

Menurut beliau, permasalahan air ini bukan sahaja berlaku di Sungai Bakap, ia melibatkan utara Semenanjung di mana sumber air mentah yang ada ketika ini tidak dapat menampung penduduk di kawasan berkenaan.

“Cuba kita tanya yang menjadi menteri air dulu ini siapa? Bukan PH, bukan BN, bukan kita daripada kerajaan Madani. Menteri air ini Tuan Ibrahim Tuan Man, jadi kalau kita tahu yang Sungai Bakap ini dijadikan isu suruh lawan kerajaan kerana calon kita kononnya masalah air tak diselesaikan, itu masalah engkaulah dulu kau menteri air.

“Jadi isunya semasa kita jadi pembangkang memang kita tak tahu, bukan kerja aku. Semasa itu kita duduk kejar segala yang rasuah semua ini, yang bertanggungjawab merancang dan yang ada maklumat adalah Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Kamu tahu bahawa Pulau Pinang tak cukup sumber air, kamu tahu Perak utara tak cukup sumber air, kamu ada kuasa apa kamu buat semasa jadi menteri air,” soalnya ketika berceramah di ceramah perdana Kampung Padang lalang, Simpang Ampat, malam tadi.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, masalah itu gagal diterjemahkan ketika PN menjadi kerajaan walaupun mempunyai maklumat, tanggungjawab dan kuasa.

Sebaliknya kata menteri itu kerajaan Madani mengambil langkah awal ketika melihat keseluruhan masalah air di seluruh Malaysia.

“Tak sampai satu tahun kerajaan Madani ambil alih tanpa ada PRK Sungai Bakap pun, Anwar Ibrahim suruh, jadi saya kena ikut. Ini dah berlaku lama, seingat awal tahun lagi semasa kita melihat keseluruhan masalah air di Malaysia, yang bising di Kelantan pun kita sedang selesaikan, yang tak bising sangat di utara tapi berlaku pun kita dah buat peruntukan.

“Jadi saya nak tanya Tuan Ibrahim, kau orang semasa jadi kerajaan yang kawal duit banyak peruntukan untuk Jana Wibawa, kenapa kamu menteri air tak tolong penduduk di sini, sekarang baru nak datang jadi penghasut?” katanya.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan