‘Nukilan untuk guru saya Pak Syed Husin Ali’

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi berkongsi kenangan dan sejarah panjang beliau bersama Allahyarham Dr Syed Husin Ali, yang disifatkannya sebagai seorang sahabat, mentor dan guru yang hebat.

Menerusi nukilan penghormatan beliau di laman Facebook, Anwar mengimbau kembali kebijaksanaan yang dipamerkan timbalan pengerusi Majlis Penasihat PKR itu menerusi syarahan, semasa Syed Husin berkhidmat sebagai profesor di Universiti Malaya (UM).

“Masih saya ingat dalam banyak sesi kuliah dan syarahannya saat menuntut di UM yang sarat dengan kebijaksanaan, yang berselirat dengan mesej yang mengajak untuk menegakkan keyakinan, dan itu juga bermaksud untuk bersikap kritikal, mempersoal status quo dan mendambakan sebuah sistem bermasyarakat yakni sebuah tatanan – yang adil dan saksama,” katanya.

Beliau berkata, legasi yang ditinggalkan Syed Husin juga sangat besar dan luas, tidak hanya dalam bidang akademik, malah sebagai tokoh besar dalam lapangan sains sosial, penulis dan pemikir bersama Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Usman Awang, terutama peranan mereka dalam Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

Presiden PKR itu berkata, Syed Husin juga merupakan individu yang berjuang sekerasnya untuk nasib mereka yang miskin, melarat dan tertindas, malah turut menjadi barisan paling hadapan dalam mendukung perjuangan warga di bandar.

“Susuk Syed Husin berjuang sekerasnya untuk nasib mereka yang miskin, melarat dan tertindas, sambil mempertaruhkan jiwanya dalam mendepani permasalahan kemiskinan dan perjuangan kaum tani seperti Hamid Tuah dan juga nasib kaum buruh di Selangor pada sekitar 1960-an.

“Dia berdiri tegak di situ, di barisan paling hadapan, terutamanya dalam mendukung perjuangan warga di bandar-bandar, petani di Baling, serta mahasiswa yang berjuang dalam mengangkat kepentingan rakyat,” katanya.

Anwar berkata, dalam bidang politik, Syed Husin terlibat secara progresif sebagai presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) dari 1990-2003, dan kemudian sebagai pengasas bersama serta timbalan presiden PKR yang memperkukuh prinsip keadilan dalam membentuk serta mencorak sebuah Malaysia yang lebih baik.

Dalam nukilan itu, Anwar menzahirkan rasa sedih dan pedih untuk menelan kenyataan bahawa pertemuan bersama Syed Husin seminggu yang lalu adalah yang terakhir mereka.

“Keterlibatannya di jalur politik progresif sebagai Presiden Partai Rakyat Malaysia (PRM) dari 1990-2003, dan kemudian sebagai pengasas bersama serta Timbalan Presiden Partai Keadilan Rakyat (KEADILAN) lantas memperkukuh penjiwaannya kepada prinsip keadilan dan dalam membentuk serta mencorak sebuah Malaysia yang lebih baik.

“Penghargaan setingginya buat Pak Syed kerana menjadi sosok guru yang luarbiasa hebat, mentor dan juga sahabat.

“Semangat juangnya akan terus menyemarak di banyak sanubari, dan legasi besarnya itu akan terus mengemudi arah dan masa depan bangsa. Semoga Allah SWT melimpahkan belas kasihNya yang tidak terhingga ke atas ruh Pak Syed, Insya-Allah,” katanya.

Related Posts

Bekalan minyak negara lebih stabil hasil langkah kawalan ketirisan

CEBU – Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan minyak dan diesel negara kini berada pada tahap lebih stabil hasil pelaksanaan langkah kawalan dan pengurusan yang lebih tersusun di peringkat nasional. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perkukuh semangat ASEAN, rapatkan jurang pembangunan serantau

CEBU – Malaysia terus memperkukuh peranannya dalam memupuk semangat kebersamaan ASEAN, khususnya dalam usaha mengurangkan jurang pembangunan antara negara anggota menerusi Sidang Kemuncak ASEAN, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh

Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh

PBSM Kuching santuni pesakit, raikan bayi 8 Mei di HUS

PBSM Kuching santuni pesakit, raikan bayi 8 Mei di HUS

Bekalan minyak negara lebih stabil hasil langkah kawalan ketirisan

Bekalan minyak negara lebih stabil hasil langkah kawalan ketirisan

Malaysia perkukuh semangat ASEAN, rapatkan jurang pembangunan serantau

Malaysia perkukuh semangat ASEAN, rapatkan jurang pembangunan serantau

Naratif ketakutan kaum dilihat strategi retorik politik Tun M – Penganalisis

Naratif ketakutan kaum dilihat strategi retorik politik Tun M – Penganalisis

Reda dengan pemecatan ini – Abdul Razak

Reda dengan pemecatan ini – Abdul Razak