Israel sekat umat Islam beribadat di Masjid Al-Aqsa sepanjang Ramadan

BAITULMAQDIS – Israel mengumumkan akan melaksanakan apa yang disebut sebagai ‘sekatan keselamatan’ di kawasan Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmaqdis sepanjang bulan Ramadan, yang bermula hujung minggu ini.

Sepanjang Ramadan, ratusan ribu rakyat Palestin datang untuk menunaikan solat di Al-Aqsa, tapak ketiga paling suci dalam Islam, yang terletak di Baitulmaqdis Timur, dalam kawasan diduduki dan ditawan Israel.

Tahun ini, Ramadan berlangsung dalam keadaan gencatan senjata yang rapuh di Gaza, dengan sebahagian besarnya telah menghentikan pertempuran selepas perang mengorbankan puluhan ribu nyawa di wilayah bergolak itu.

“Sekatan biasa bagi keselamatan awam akan dikuatkuasakan seperti setiap tahun,” kata jurucakap kerajaan Israel, David Mencer ketika taklimat dalam talian kepada wartawan.

Tahun lalu, ketika perang di Gaza, pihak berkuasa Israel mengenakan sekatan terhadap pengunjung ke Al-Aqsa, terutamanya rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki.

Hanya lelaki berumur 55 tahun ke atas dan wanita berusia lebih 50 tahun dibenarkan memasuki kawasan masjid ‘atas alasan keselamatan’, manakala ribuan anggota polis Israel ditempatkan di seluruh Kota Lama Baitulmaqdis.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL