Israel guna makanan sebagai senjata perang terhadap Gaza – UNRWA

PESURUHJAYA Agung Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini, menyatakan bahawa Israel menggunakan makanan dan bantuan kemanusiaan sebagai senjata perang di Semenanjung Gaza serta menyifatkannya sebagai satu jenayah perang.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan pada Selasa di laman rasmi agensi tersebut, Lazzarini berkata, beliau tidak ragu bahawa apa yang telah disaksikan sepanjang 19 bulan lalu, khususnya dalam dua bulan kebelakangan ini, penggunaan makanan dan bantuan kemanusiaan secara sengaja untuk mencapai matlamat politik atau ketenteraan di Gaza.

“Tindakan sebegitu merupakan jenayah perang sambil menegaskan bahawa walaupun penghakiman muktamad terletak pada mahkamah antarabangsa, realiti di lapangan jelas menunjukkan penyalahgunaan makanan dan bantuan kemanusiaan secara tidak berperikemanusiaan.

“Penderitaan rakyat Palestin di Gaza telah mencapai tahap yang tidak dapat digambarkan, dan saya hilang kata-kata untuk menggambarkan kesengsaraan serta tragedi yang sedang dialami oleh rakyat di Gaza,” menurutnya, seperti dilapor Wafa.

Beliau juga menyatakan bahawa sudah lebih dua bulan berlalu tanpa sebarang bantuan kemanusiaan disalurkan, menyebabkan kebuluran semakin merebak.

“Penduduk kini berada dalam keadaan sangat letih dan kelaparan. Jika situasi ini berterusan, beliau memberi amaran bahawa kematian orang awam mungkin bukan lagi akibat pengeboman tetapi disebabkan kebuluran,” katanya.

Menurut Lazzarini, laporan antarabangsa seperti Integrated Food Security Phase Classification (IPC) telah mengesahkan bahawa Gaza kini berada di ambang kebuluran.

“Seluruh penduduk Semenanjung Gaza — melebihi dua juta orang, hampir separuh daripadanya adalah kanak-kanak — sedang mengalami krisis ketidakcukupan makanan yang serius dan terpaksa berjuang untuk terus hidup di bawah sekatan Isra,” katanya.

Beliau menggesa masyarakat antarabangsa supaya segera mengambil tindakan bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan ke Gaza sambil memberi amaran bahawa pengepungan yang berterusan ini sedang menjerumuskan wilayah tersebut ke dalam bencana kemanusiaan yang belum pernah disaksikan sebelum ini.

Related Posts

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

CEBU – ASEAN terus menunjukkan keteguhan dalam menghadapi pelbagai cabaran global apabila krisis dan ketidaktentuan semasa tidak melemahkan blok serantau itu, sebaliknya mempererat kerjasama antara negara anggota. Presiden Filipina, Ferdinand…

Lebih lanjut

teruskan membaca
China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang