Israel ceroboh kedaulatan, serang orang awam – Iran

MENTERI Luar Iran, Sayed Abbas Araghchi, semalam mendakwa Israel melancarkan perang yang disifatkan sebagai tidak adil dan jenayah terhadap negaranya, sambil menggesa masyarakat antarabangsa mengecam tindakan tersebut yang disifatkannya sebagai satu bentuk pencerobohan kejam.

Dalam ucapan di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Araghchi berkata Iran, yang mempunyai hampir 100 juta penduduk, kini berdepan serangan terang-terangan oleh rejim Israel, yang turut dituduhnya melakukan pembunuhan beramai-ramai di Palestin sejak dua tahun lalu.

Beliau mendakwa serangan Israel yang bermula minggu lalu telah menyasarkan kawasan kediaman, infrastruktur awam, hospital, pusat kesihatan dan juga bangunan Kementerian Luar Negeri.

“Ratusan rakyat Iran terbunuh dan cedera akibat serangan ini,” katanya di hadapan para delegasi, sambil menambah bahawa kemudahan nuklear aman Iran turut menjadi sasaran meskipun berada di bawah pemantauan penuh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Araghchi menyifatkan tindakan itu sebagai jenayah perang yang serius dan memberi amaran bahawa ia boleh mencetuskan bencana alam sekitar serta kesihatan awam.

Menurut laporan Anadolu, beliau menegaskan bahawa serangan Israel itu melanggar Perkara 2(4) Piagam PBB yang melarang penggunaan kekerasan dan mengulangi hak Iran untuk mempertahankan diri di bawah Perkara 51 piagam yang sama.

“Iran sedang mempertahankan diri daripada pencerobohan kejam ini dengan segala kekuatan. Ini adalah hak kami yang tidak boleh dinafikan,” tegas beliau.

Araghchi turut menggesa tindakan segera daripada masyarakat antarabangsa, dengan menyatakan: “Jika ada masa yang sesuai untuk menggunakan sistem dan mekanisme mahal yang telah diwujudkan sejak lapan dekad lalu demi menjaga hak asasi dan maruah manusia, maka saat itulah sekarang.”

Sebelum ucapan beliau, Duta Israel ke PBB di Geneva, Daniel Meron, membantah keras kehadiran Iran dalam sidang itu dan menyatakan rasa tidak puas hati kerana Israel tidak dijemput menyertai perbincangan berkenaan.

Meron turut menggesa wakil Eropah agar mengambil pendirian tegas terhadap Iran, termasuk menuntut pembatalan penuh program nuklear negara itu, pelucutan senjata peluru berpandu dan penghentian segala aktiviti serantau yang didakwanya menggugat kestabilan.

Related Posts

40 peratus penduduk Gaza diancam banjir – PBB
  • SitiSiti
  • December 12, 2025

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa banjir teruk yang melanda ratusan tapak pelarian di Semenanjung Gaza kini mengancam hampir separuh daripada penduduk wilayah itu, susulan hujan lebat yang terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaku genosid Gaza mesti dihukum – PM Sepanyol
  • SitiSiti
  • December 11, 2025

PERDANA Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menegaskan bahawa pihak yang bertanggungjawab terhadap genosid di Gaza mesti dihadapkan ke muka pengadilan, sambil menekankan bahawa keamanan sejati hanya boleh dicapai melalui keadilan. Berucap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM