Inovasi sisa dapur jadi sumber rezeki penduduk Kampung Baru

KOTA SAMARAHAN – Sisa dapur seperti minyak masak terpakai dan hampas kopi kini menjadi sumber rezeki buat lebih 40 penduduk Kampung Baru menerusi Projek Waste to Wealth: Empowering Communities Through Green Innovation yang dilancarkan secara rasmi pada Sabtu.

Majlis pelancaran disempurnakan Wakil Pegawai Daerah Samarahan Faizal Asi dengan kehadiran lebih 100 penduduk kampung yang memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif berteraskan inovasi hijau itu.

Ketua Projek, Prof ChM Dr Zainab Ngaini berkata, program selama setahun itu akan dipantau secara berterusan bagi memastikan para peserta kekal aktif dan konsisten dalam menjana pendapatan sampingan.

“Kita mahu ubah persepsi terhadap bahan buangan. Kalau diurus dengan betul, ia mampu jadi sumber ekonomi yang lumayan,” katanya.

Beliau menambah, matlamat utama projek bukan sahaja untuk menjana pendapatan, malah turut memberi penekanan terhadap kesedaran kitar semula dan kelestarian alam sekitar dalam kalangan komuniti luar bandar.

“Kita sasar sekurang-kurangnya lima perniagaan mikro berjaya diwujudkan melalui program ini,” jelasnya.

Projek berkenaan turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya berkaitan pekerjaan yang layak (SDG 8), pengeluaran dan penggunaan bertanggungjawab (SDG 12), serta tindakan terhadap perubahan iklim (SDG 13).

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selaku institusi pelaksana berharap projek ini menjadi model pembangunan komuniti luar bandar yang mampan, lestari dan berdikari pada masa hadapan.

Antara produk utama yang dihasilkan peserta ialah sabun botani dan lilin aromaterapi estetik yang diperbuat daripada bahan buangan dapur. 

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat