Tebingan Saratok RM91 juta diluluskan, ubah wajah pekan

SARATOK – Projek pembinaan Tebingan Saratok bernilai RM91 juta diluluskan Kerajaan Sarawak bagi merancakkan pembangunan infrastruktur dan pelancongan di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek berimpak tinggi itu diluluskan menerusi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri memperindah kawasan tebingan Sungai Krian.

“Tebingan Saratok merupakan impian lama penduduk di sini. Dengan kelulusan ini, impian tersebut bakal menjadi kenyataan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Saratok 2025 di Pentas Utama, Dataran Sri Kalaka pada Sabtu malam.

Beliau yakin projek itu akan mengubah landskap pekan Saratok dan menjadi ikon baharu pelancongan yang mampu menarik lebih ramai pengunjung dari luar.

“Projek ini bukan sahaja mencantikkan wajah Saratok, malah mencerminkan iltizam berterusan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memperkasa pembangunan luar bandar.

“Ia juga sejajar dengan aspirasi menjadikan Saratok setanding bandar lain di Sarawak,” ujarnya.

Majlis perasmian turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi terkenal kelahiran Sarawak, Bob Yusuf, serta pertunjukan bunga api yang menceriakan suasana.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat