Ilmu dan pendidikan jadi agenda utama AKYBMS

KUCHING – Penguasaan ilmu pengetahuan menjadi agenda utama Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dalam usaha melahirkan generasi pelapis yang berdaya saing dan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Pengurus Besarnya, Datuk Dr Sanib Said berkata, pendidikan merupakan antara objektif terpenting yayasan demi menjamin masa depan bangsa Melayu di negeri ini.

Menurutnya, AKYBMS meletakkan sasaran jelas agar separuh daripada generasi muda Melayu Sarawak berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

“Kajian menunjukkan untuk kita lebih maju, pendidikan adalah kuncinya. Justeru, sasaran kita ialah 50 peratus anak Melayu mesti bergraduasi dan masuk universiti.

“Manakala 50 peratus lagi disasarkan memiliki sekurang-kurangnya diploma atau kemahiran teknikal, memandangkan terdapat banyak kemudahan pendidikan yang disediakan kerajaan pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj di Surau Darul Falah, Kampung Semariang Baru Fasa 3, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Sanib memberitahu, selain pendidikan, AKYBMS turut komited mendapatkan dana kerajaan untuk pembangunan masyarakat, di mana yayasan itu kini menguruskan dana berjumlah RM20 juta yang diluluskan untuk pelbagai aktiviti.

“Kita juga berusaha menyatukan kepemimpinan Melayu dari sudut politik dan sosial supaya kita dapat berkhidmat kepada semua penduduk di Sarawak dengan lebih berkesan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Surau Darul Falah, Ramanto Omar dalam ucapan aluannya menyifatkan kerjasama dengan AKYBMS sebagai satu penghormatan kepada kariah surau berkenaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa selain program keagamaan, surau tersebut aktif menyantuni anak yatim dan golongan memerlukan menerusi program ‘Back to School’ dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) setempat.

Majlis tersebut turut diserikan dengan ceramah Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Yunus Ali.

Related Posts

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

KOTA KINABALU – Program Autism Fun Run 2026 yang julung kali diadakan di Stadium Universiti Malaysia Sabah bukan sekadar acara santai komuniti, sebaliknya menjadi simbol kebangkitan kesedaran awam terhadap jurang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi